SKOP KERJA KIMPALAN
Kerja kimpalan melibatkan pelbagai proses kimpalan yang digunakan kerana industri pembuatan, automotif dan pembinaan menggunakan pelbagai bahan kejuruteraan seperti keluli berkarbon (Carbon steel), Keluli kalis karat (Stainless steel), aluminium, aluminium cast, besi tuang (Cast iron), kuprum (copper), besi bergalvani atau Galvanise iron (GI) dan banyak lagi. Pekerja kimpalan biasanya terlibat dalam industri pembinaan struktur keluli, jambatan keluli, loji, pengangkutan rail, pembinaan kapal pengangkutan, tangki bertekanan (pressure vassel), dandang atau boiler, pelbagai jenis kenderaan dan lain-lain.
BAHAYA DAN RISIKO
Persekitaran Kerja yang selamat
BAGAIMANA KEMALANGAN BOLEH TERJADI.
Kemalangan tidak akan terjadi dengan sendirinya tanpa sebab. Didalam kajian –kajian yang dilakukan 98% daripada semua kemalangan berpunca dari perbuatan tidak selamat (unsafe action) atau keadaan tidak selamat (unsafe condition). Punca dan kesan kepada sumber manusia boleh digambarkan dengan empat faktor:-
- Kesalahan individu.
- Keadaan tidak selamat atau perbuatan tidak selamat.
- Berlaku kemalangan.
- Berlaku kecederaan
- Keselamatan diri Pengimpal
- Keselamatan diri personel lain
- Keselamatan mengendalikan mesin Kimpalan
- Keselamatan mengendalikan peralatan tambahan
PAKAIAN.
Pakaian kerja untuk melakukan kerja mengimpal hendaklanh bersesuaian, tahan haba dan boleh menahan dari ditembusi percikan arka. Memakai kasut keselamatan yang tahan lasak. Kasut yang bertapak nipis jenis getah kurang sesuai kerana besi yang tajam boleh menembusi tapak kasut yang akan menyebabkan kaki tercedera. Pemakaian aksesori diri seperti gelang, jam tangan, cincin adalah tidak dibenarkan kerana ia boleh tersangkut kepada bahagian – bahagian mesin yang bergerak. Contoh pakaian keselamatan yang sesuai seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah 1.
PERLINDUNGAN ANGGOTA.
Untuk mengelakkan daripada kecederaan anggota, peralatan perlindungan berikut perlu digunakan iaitu.
- Perlindungan bahagian tangan - memakai sarung tangan kulit ( leather hand glove)
- Perlindungan bahagian lengan - memakai pelindung lengan jenis kulit (leather arm sleeve)
- Perlindungan kaki - memakai kasut keselamatan dan pelindung kaki jenis kulit.
- Untuk mengimpal dalam kedudukan menegak melintang dan atas kepala, pengimpal perlulah memakai penutup kepala samada jenis topi ataupun pelindung yang sesuai.
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
DALAM INDUSTRI KIMPALAN
Risiko berkaitan kimpalan
- Risiko kebakaran dan letupan
- Wasap dan gas beracun
- Kejutan Elektrik
- Kecederaan mata
- Kulit terbakar
- “Mechanical” hazards
Risiko kebakaran atau letupan
Risiko kebakaran dan letupan adalah berpunca dari bahan mudah terbakar seperti minyak dan gas. Kesilapan
Wasap dan gas beracun
Kejutan eletrik
Pengguna peralatan dan mesin yang menggunakan tenaga elektrik perlu dipantau bagi memastikan keselamatan kepada penggunakan terutama menyebabkan berlakunya kejutan elektrik. Perlu mengambil kira kadar penggunaan arus elektrik dan keadaan yang berikut;
1. Open circuit Voltage (O.C.V. ) bagi arus Ulang alik (AC) - 80V; bagi Arus terus (DC) - 70V
2. Kelengkapan dan peralatan biasa : 50
3. Pemotongan plasma: lebih dari 100V
4. Mesin Kimpalan TIG menggunakan High Frekuensi : pusingan 20,000V
Kelas bahan penebat mempengaruhi ketahanan dari suhu maksima yang perlu dijadikan indikator dalam mengenalpasti kesesuaianya pada peralatan yang digunakan. Rujuk jadual di bawah.
Salutan yang baik salutan yang tertanggal
Proses mengimpal dan pemotongan terma mendedahkan pekerja kepada suhu dan haba yang tinggi, Tahap kepanasanya boleh mengakibatkan pekerja terdedah kepada risiko kulit / anggota badan tercedera atau terbakar.
Gambar: pakaian keselamatan mengimpal
AWAS !! Jangan menyentuh bahan yang telah dilakukan pra panas (pre heating) kerana suhunya adalah tinggi...
Pelindung muka dan mata
bahan yang dilakukan pra panas |
Terdapa dua jenis pelindung muka kimpalan iaitu jenis pegangan tangan (hand sheild) dan Jenis pelindung kepala (head sheild) Pelindung muka kimpalan berfungsi melindungi keseluruhan muka dan sebahagian leher supaya risiko kecederaan dan kesan kesihatan pekerjaan tidak berlaku. Pelindung jenis separa seperti gogel, cermin mata gelap akan mendedahkan pengimpal kepada risiko pada kesihatan pekerjaan kerana tidak boleh melindungi muka keseluruhanya .Bagi melindungi mata pekerja digalakkan memakai cermin pelindung mata sepanjang masa berada di tempat kerja. Ini bertujuan mengelakkan terkena serpihan atau tatal dari kerja chipping, mencanai atau percikan bunga api dari pihak lain yang tidak dijangka. Untuk kerja mengimpal pula, perlulah menggunakan topeng pelindung muka samada jenis pegangan tangan (hand sheild) atau jenis helmet (head sheild). Tujuanya adalah untuk melindungi mata dari sinaran ultra unggu (ultra Voilet ray) dan infra merah (infra red ray) dan radiasi yang terhasil dari sinaran arka. Pemilihan jenis kanta atau cermin pelindung muka adalah penting kerana kanta biasanya dibekalkan mempunyai tahap kegelapan yang berbeza. Ianya bergantung kepada jenis proses kimpalan yang dilakukanPemilihan kanta pula perlulah mengikut jenis proses kimpalan yang digunakan kerana tahap kekuatan sinaran adalah berbeza.
Jadual penapis kanta mengikut proses kimpalan |
Mechanical hazard
- Memastikan bahagian mesin yang berbahaya dipasangkan pelindung atau penghadang
- Setiap mesin mempunyai suis keselamatan dan suis saling mengunci
- Setiap mesin juga hendaklah dipasang suis kecemasan samada secara manual atau sensor
- Elakkan memegang dan menyentuh alat-alat yang tajam seperti mata pengisar, hujung mata alat.
- Mengelakkan memegang dan menyentuh alat-alat yang tajam seperti mata gergaji pita, hujung mata penggarit dan sebagainya.
- Kebakaran atau letupan
- Bahaya kebocoran elektrik
- Terjadinya asphyxiation (pensan) yang disebabkan oleh gas, asap, wap.
- kekurangan oksigen.
- Ruang kerja dimasuki air.
- Tidak sedar akibat suhu tinggi
- Tidak sedarkan diri disebabkan oleh bahan pepejal yang terjatuh.
rajah: bekerja diruang terkurung |
- Memastikan ada pengawasan dari pihak ketiga untuk melakukan penyeliaan dari bahagian luar ruang kerja yang tertutup (confined space)
- memasang penyedut udara / asap/gas bagi memastikan berlaku peredaran dan penggantian udara yang berkesan
- Mesti mengetahui tindakan (SOP) yang perlu dilakukan jika berlakunya kecemasan.
- Sistem dan peralatan komunikasi yang berkesan
- Membuat persediaan untuk measuki ruang terkurung seperti pengesahan permit kebenaran kerja
- Melakukan ujian kandungan gas / udara yang terdapat dalam ruang terkurung
- Mengasing dan mengeluarkan gas tidak selamat yang terdapat dalam ruang tersebut
- Melakukan pembersihan bahagian dalaman.
- Menggunakan penyedut udara bagi memastikan sistem pengaliran udara yang masuk dan keluar dilakukan secara berterusan sebagai tindakan pengawasan atmosfera
- Mengeringkan sepenuhnya jika terdapat takungan air
MENGIMPAL DITEMPAT TINGGI
Bekerja di tempat tinggi berisiko memungkinkan berlakunya kemalangan jika langkah keselamatan tidak dilakukan. Pekerja terlebih dahulu perlu menjalani latihan bekerja ditempat tinggi. Persediaan awal perlu dilakukan sebelum mengikut prosedur yang betul supaya dapat mewujudkan rasa selamat dan selesa kepada pekerja melakukan tugasan. Antara tindakan kawalan yang perlu dilakukan adalah;
- Memastikan pelantar dan lantai pemijak adalah sesuai kuat, kukuh , selamat dan selesa kepada pekerja untuk melakukan kerja mengimpal
- Sistem penghadang dipasang dengan betul (guard rail)
- Tangga keselamatan perlu diikat pada struktur pelantar supaya tidak bergerak
- Pekerja mestilah memakai talipinggang keselamatan atau safety harness yang bersesuaian
- Perlukan pemantuan dari pihak ketiga sepanjang masa.
bekerja ditempat tinggi |
Keselamatan Produk (Perfomance safety)
Kegagalan catastrophic pada bahagian kimpalan kerana bahagian kimpalan yang retak boleh menyebabkan , high stress, kegagalan , beban lampau menyebabkan tegangan tertumpu dan menyebabkan kegagalan sambungan. Ketahanan dan Kebolehpercayaan produk adalah penting untuk memberikan keyakinan kepada pengguna.
kegagalan sambungan menjejaskan keselamatan awam |
No comments:
Post a Comment