BICARA KATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, saya dapat berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan Teknologi kimpalan. Matlamatnya adalah untuk memupuk minat dan kecenderungan pelajar di Kolej Vokasional, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan kemahiran dan pelajar universiti menjadikan bidang Teknologi kimpalan sebagai profesion. Mudahan Sedikit sumbangan ini dapat membantu anda memperoleh pengetahuan, mengetahui dan memahami fakta, konsep/prinsip, terminologi, proses dan prosedur kimpalan. Saya juga mengalu-alukan komen dan ulasan yang membina bagi meningkatkan kualiti artikel yang ditulis di Blog ini.
Terima kasih
Ts Tuan Mohamad Zaidi

Friday, February 27, 2026

APAKAH WEIGHT LIFT TEST BAR??

Dalam ujian Magnetic Particle Testing (MPT), weight lift test bar digunakan untuk menguji kekuatan medan magnet (magnetic strength) pada  magnetic yoke sebelum pemeriksaan MPT dijalankan pada cupon test. 

Weight lift test bar
Fungsi test bar

Untuk menguji kekuatan magnetic yoke bagi memastikan kekuatannya yang dapat menghasilkan medan magnet (Magnetic field). Mengikut amalan industri (contoh rujukan piawaian seperti ASTM E1444), yoke AC biasanya perlu mengangkat;

  • Untuk jenis AC mampu mengangkat minimum 4.5 kg /10 Ib)

  • Untuk jenis DC beban adalah lebih tinggi antara 18kg/14Ib

    Tujuan lain ujian ini adalah untuk memastikan yoke selamat digunakan dan dapat berfungsi dengan baik  seperti sepatutnya. Jika yoke tersebut tidak dapat mengangkat test bar bermakna ianya tidak sesuai digunakan kerana sudah pasti  tidak dapat mengesan kecacatan secara optimun. Ujian ini juga dapat memastikan magnetic yoke yang rosak perlukan penyelenggaraan dan dilakukan penentuukuran (Calibration) supaya setiap peralatan yang digunakan untuk melakukan pemeriksaan kimpalan mematuhi setiap  kod dan standard yang ditetapkan.

Cara penggunaanya

  1. Metakkan kaki yoke pada weight test bar

  2. Menekan button suis untuk mengaktifkan yoke

  3. Mengangkat beban (Test Bar)

  4. Jika berjaya angkat berat minimum → lulus

  5. Jika gagal → tidak boleh digunakan



Kaedah menguji magnetic yoke menggunakan weight lift test bar

tajuk berkaitan: UJIAN ZARAH MAGNET
Catitan: Semoga bermanfaat - Chekguzaidi

No comments: