Logam dikelaskan kepada dua kumpulan utama, iaitu:,
1. Logam ferus (Ferous metal)
2. Logam bukan ferus.(Non Ferous metal)
Logam ferus
Merupakan logam yang mengandungi unsur-unsur besi didalamnya. Terdapat tiga kumpulan logam ferus iaitu:,
1. Besi Tempawan (Wrought iron)
2. Keluli (Steel)
3. Besi Tuang (Cast iron)
Besi Tempawan
Besi tempawan hanya mempunyai kandungan karbon yang sedikit iaitu antara 0.06 hingga 0.08 peratus sahaja. Besi tempawan mempunyai ciri sifat keteguhan dan kekuatan yang tinggi, boleh ditempa dan mampu menyerap daya hentaman secara mengejut.
Besi tempawan biasanya digunakan untuk membuat rivet, paku, barang perhiasan, bangku dan jeriji.
Gambar foto : contoh produk besi tempawan
Keluli
Keluli mempunyai kandungan karbon yang tinggi, iaitu antara 0.03 peratus hingga 1.7 peratus. Keluli bersifat lebih kuat jika dibanding dengan logam lain.
Keluli dikategorikan dalam 2 kumpulan:,
1. Keluli karbon
2. Keluli Aloi.
Keluli karbon
Keluli karbon ditentukan berdasarkan peratus kandungan karbon didalamnya.
i. Keluli berkarbon rendah (Low carbon steel) 0.03 hingga 0.3 peratus karbon.
digunakan dalam pembuatan keluli, plat, rod, dawai dan keluli struktur.
gambar foto: contoh keluli struktur
ii. Keluli berkarbon sederhana (Medium carbon steel) 0.3 hingga 0.6 peratus karbon.
digunakan dalam pembuatan gerudi, acuan dan alatan tangan.
gambar foto : contoh produk keluli berkarbon sederhana.
iii. Keluli berkarbon tinggi (High carbon steel) 0.6 hingga 1.7 peratus karbon
Digunakan dalam pembuatan kikir, mata alat, gear dan bahagian mesin yang memerlukan tahan haus.
Keluli Aloi
Keluli aloi merupakan campuran dua atau lebih unsur logam yang berlainan. Keluli aloi mempunyai sifat kekerasan dan kemuluran yang membolehkan membuat barangan yang menerima bebanan hentaman dan tegasan tinggi. contoh keluli aloi ialah: Keluli nikel, keluli kalis karat( stain less steel), keluli molibdenum, keluli alat (tool steel)dan keluli tahan lasak. Keluli aloi digunakan dalam pembuatan kompenan enjin, gear, mata alat, alatan mengukur dan menguji dan mata gerudi.
Gambar foto: angkup vernier diperbuat dari keluli kalis karat
gambar foto: Ekzos motorsikal dihasilkan dari kelulu kalis karat supaya lebih tahan lama dan tidak medah berkarat.
Besi Tuang
Besi tuang mengandungi 2.0 hingga 4.0 peratus karbon. Besi tuang bersifat rapuh dan mempunyai kekuatan tegangan rendah tetapi kekuatan mampatan rendah. jenis besi tuang dibezakan berdasarkan sifat dan kandungan karbon didalamnya.
Jenis besi tuang
1. Besi tuang Kelabu.
mengandungi 2.0 hingga 4.0 peratus karbon. Sifat nya mudah dimesin dan mempunyai kekuatan mampatan yang rendah. Biasa digunakan dalam pembuatan rangka mesin, penyokong, paip dan acuan mesin.
gambar foto: contoh badan mesin yang diperbuat daripada besi tuang
2. Besi tuang mudah tempa.
mengandungi 2.5 hingga 3.0 peratus karbon. Sifat mekaniknya sangat keras dan sukar dimesin manakala kekuatan mampatanya lebih tinggi dibandingkan besi tuang kelabu. Digunakan dalam pembuatan kompenan mesin yang memerlukan ketahanan geseran dan lelasan.
3. Besi tuang nodular.
mengandungi 3.2 hingga 4.1 peratus karbon. Sifat mekaniknya lebih mulur, tidak mudah retak atau pecah, keras, tahan lelasan, tahan haus dan boleh dikimpal.
4. Besi tuang putih
mengandungi 2.5 hingga 4.0 peratus karbon. bersifat keliatan dan kebolekditempaan, kekuatan dan tidak mudah retak atau pecah. Digunakan dalam pembuatan bahagian mesin, takal, roda, bahagian jentera dan enjin.
Teknologi Kimpalan, Produk Teknologi Kimpalan, Pemotongan Logam, Pengujian kimpal (DT and NDT) dan Bahan Kejuruteraan serta maklumat terkini pendidikan Vokasional, Kemahiran dan Teknikal di Malaysia -TVET
BICARA KATA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, saya dapat berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan Teknologi kimpalan. Matlamatnya adalah untuk memupuk minat dan kecenderungan pelajar di Kolej Vokasional, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan kemahiran dan pelajar universiti menjadikan bidang Teknologi kimpalan sebagai profesion.
Mudahan Sedikit sumbangan ini dapat membantu anda memperoleh pengetahuan, mengetahui dan memahami fakta, konsep/prinsip, terminologi, proses dan prosedur kimpalan.
Saya juga mengalu-alukan komen dan ulasan yang membina bagi meningkatkan kualiti artikel yang ditulis di Blog ini.
Terima kasih
Ts Tuan Mohamad Zaidi
1 comment:
Follow sini. Nice blog very informative. Have a nice day.
Post a Comment