BICARA KATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, saya dapat berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan Teknologi kimpalan. Matlamatnya adalah untuk memupuk minat dan kecenderungan pelajar di Kolej Vokasional, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan kemahiran dan pelajar universiti menjadikan bidang Teknologi kimpalan sebagai profesion. Mudahan Sedikit sumbangan ini dapat membantu anda memperoleh pengetahuan, mengetahui dan memahami fakta, konsep/prinsip, terminologi, proses dan prosedur kimpalan. Saya juga mengalu-alukan komen dan ulasan yang membina bagi meningkatkan kualiti artikel yang ditulis di Blog ini.
Terima kasih
Ts Tuan Mohamad Zaidi

Tuesday, June 4, 2024

TIP & TRICK IN WELDING 02

 KEKACAUAN ARKA (ARC BLOW)

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan kekacauan arka / Tiupan arka (Arc Blow), punca terjadi??? kesan kepada sambungan kimpalan...

Kekacauan arka adalah situasi gangguan pada arka (arc weld) semasa mengimpal yang menyebabkan arah arka terpesong samada ke sisi kiri atau kanan atau kehadapan yang disebabkan oleh terjadinya medan magnet pada elektrod semasa mengimpal. Rujuk gambarajah 1

  
gambarajah 1 medan magnet pada elektrod
Medan magnet terhasil apabila mengimpal menggunakan arus terus (Direct Curent). Fenomena ini selalunya  terjadi apabila mengimpal bahagian tepian sambungan yang sempit atau kecil seperti kimpal lurah atau sambungan T. Kesanya pada sambungan adalah boleh menyebabkan penusukan tidak lengkap, keleburan tidak sempurna, terjadi banyak percikan arka dan rupai kumai (riak) yang kasar/buruk.

Bagaimana cara mengatasi kekacauan arka?

Kekacauan arka boleh diatasi dengan cara berikut;
 1. Menukar arus DC kepada AC
 2. Mengimpal dengan jarak arka pendek.
 3. Merendahkan arus (Ampere) yang digunakan
 4. Merendahkan Voltan (Volt) yang digunakan
 5. Menukarkan sudut elektrod berlawanan dari arah            kekacauan arka
 6. Melilit kabel bumi  (Work piecepada benda kerja.
 7. Menyahkan (de-magnetise) sisa daya magnet yang tertinggal pada benda kerja selepas melakukan ujian zarah magnet.

No comments: