BICARA KATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, saya dapat berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan Teknologi kimpalan. Matlamatnya adalah untuk memupuk minat dan kecenderungan pelajar di Kolej Vokasional, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan kemahiran dan pelajar universiti menjadikan bidang Teknologi kimpalan sebagai profesion. Mudahan Sedikit sumbangan ini dapat membantu anda memperoleh pengetahuan, mengetahui dan memahami fakta, konsep/prinsip, terminologi, proses dan prosedur kimpalan. Saya juga mengalu-alukan komen dan ulasan yang membina bagi meningkatkan kualiti artikel yang ditulis di Blog ini.
Terima kasih
Ts Tuan Mohamad Zaidi

Wednesday, April 28, 2010

Keselamatan Diri dan Rakan

Mematuhi peraturan keselamatan diri dan rakan sekerja merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan setiap individu yang bekerja di bengkel. Cara berpakaian dan tatacara kerja yang tidak betul merupakan penyebab berlakunya kemalangan diri.

A. Pakaian

Ciri-ciri pakaian yang sesuai adalah seperti berikut;

  • Pakaian hendaklah sesuai dengan kerja yang dilakukan

  • Pakaian yang tidak terlalu ketat atau longgar

  • Memakai sarung tangan yang sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan

  • Memakai kasut keselamatan

  • Memakai topi keselamatan (jika perlu)

  • Memakai tali pinggan keselamatan (Jika Perlu)

Selain itu penampilan diri hendaklah sentiasa kemas, berambut pendek dan menjaga kebersihan diri.

B. Budaya Kerja yang baik

Amalan budaya yang baik adalah seperti berikut;

  • Mematuhi arahan dan prosedur yang ditetapkan

  • Sentiasa bertertib dan berdisiplin semasa bekerja

  • Teliti dan bertanggung jawab

  • Menggunakan peralatan mengikut kesesuaian kerja yang dilakukan

  • Memastikan tempat kerja sentiasa bersih dan kemas

  • Menggunakan pelindung muka, gogal atau cermin mata pelindung semasa menggerudi dan mencanai.

  • Tidak memakai sarung tangan ketika menggunakan mesin yang berputar seperti mesin gerudi dan mesin pencanai.

  • Memakai peralatan keselamatan tambahan atau khas apabila perlu seperti fon telinga dan topeng penapis pernafasan apabila melakukan kerja yang terdedah pada bunyi bising yang melampau atau udara yang kotor.

No comments: