Untuk memastikan risiko kemalangan industri dapat dikurangkan, semua pihak perlu mengambil tanggung jawab dengan mematuhi peraturan keselamatan ditempat kerja. Kemalangan yang berlaku bukan sahaja mengakibatkan kecederaan, malah boleh menyebabkan kematian, kerugian harta benda dan kehilangan sumber tenaga yang terlatih.
Punca kemalangan
Kemalangan industri berpunca dari tiga aspek utama iaitu
A. Kecuaian manusia
B. Keadaan tempat kerja dan
C. Keadaan peralatan atau mesin.
A. Kecuaian manusia
- Tidak menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerja yang sedang dilakukan.
- Tidak merancang dengan teliti sebelum melaksanakan projek.
- Tiada pengetahuan yang mengcukupi apabila mengendalikan peralatan atau mesin.
- Tidak mematuhi peraturan bengkel dan tanda amaran yang ditetapkan.
- Tiada tanda amaran keselamatan di tempat kerja.
- Menyalahgunakan peralatan tidak mengikut kegunaan sebenarnya.
- Gagal mematuhi prosedur penggunaan peralatan atau mesin.
- Keadaan lantai yang licin
- keadaan lantai yang kotor
- kawasan kerja yang terhad, tiada ruang bergerak dengan selesa.
- Persekitaran kerja yang tidak mempunyai pengalihudaraan dan pencahayaan yang baik
- Kawasan kerja yang terlalu bising.
C. Keadaan Mesin dan peralatan
- Bahagian mesin yang bergerak tidak dilindungi penghadang keselamatan
- Mesin tidak diselenggarakan dengan baik.
- Kedudukan dan susunan mesin tidak teratur.
- Menggunakan mesin yang tidak memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan
- Kerosakan pada alat atau kebocoran litar elektrik.
- Menggunakan alat yang rosak.
No comments:
Post a Comment