BICARA KATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, saya dapat berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan kejuruteraan kimpalan. Matlamatnya adalah untuk memupuk minat dan kecenderungan anak-anak pelajar di Kolej Vokasional, SMT/V, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan kemahiran dan pelajar universiti menjadikan bidang kejuruteraan kimpalan sebagai profesion dimasa hadapan. Saya mengambil inisiatif ini memandangkan kesukaran mendapat bahan rujukan berkaitan kejuruteraan kimpalan dalam bahasa Malaysia. Mudahan Sedikit sumbangan ini dapat membantu anda memperoleh pengetahuan, mengetahui dan memahami fakta, konsep/prinsip, terminologi, proses dan prosedur kimpalan. Saya juga mengalu-alukan sumbangan artikel berkaitan serta komen dan ulasan yang membina bagi meningkatkan kualiti artikel yang ditulis di Blog ini.
Terima kasih
chekguzaidi

Friday, May 6, 2011

Bahan Komposit

Pengenalan
           Bahan komposit merupakan gabungan bahan logam atau bahan bukan logam atau kedua-duanya. Bahan komposit menjadi pilihan dalam industri pembuatan kerana bahan ini lebih ringan dan lebih ekonomi. Dua jenis bahan komposit yang popular digunakan ialah;
i. Plastik ; dan
ii. Kaca gentian (Fiber glass)

Plastik
Terdapat dua kumpulan plastik iaitu
a. Plastik termoset
Plastik termoset dibentuk dengan menggunakan kaedah pemesinan dan tekanan. Plastik jenis ini tidak lebur dengan sempurna dan tidak boleh dikitar semula.
b. Plastik termoplastik
Plastik termoplastik Boleh dibentuk pada suhu 115º hingga 327º dan boleh dikitar semula melalui proses peleburan tanpa merosakkan sifat kimianya.
gambar foto: kompenan dan aksesori motorsikal dihasilkan dari bahan komposit

a. Plastik termoset
- Fenol formaldehid:
Digunakan dalam pembuatan tombol pintu, pemegang bersalut dan telefon
- Poliester
Digunakan dalam pembuatan beg plastik, kerusi plastik, badan kenderaan, rak fail dan peralatan perhiasan rumah.
- Melamina formaldehid
Digunakan dalam pembuatan alat kelengkapan rumah, kompenan elektrik dan penyalut barangan.

gambar foto: produk plastik termoset: soket elektrik.
b. Plastik termoplastik
- Polietalina (PE)
Digunakan dalam pembuatan alat kelengkapan rumah, salur air, botol, permainan kanak-kanak dan sebahagian peralatan pertanian.
gambar foto: produk plastik termoplastik: kereta mainan kawalan jauh
- Polistirena (PS)
Digunakan dalam pembuatan rak, bekas makanan dan pekakas rumah.
- Poliproperlina (PP)
Digunakan dalam pembuatan cawan, kompenan kejuruteraan dan penebat dawai.
- Polivinil klorida (PVC)
Digunakan dalam pembuatan paip air dan kelengkapanya, beg dan pembuluh (conduit)

No comments: