Pelan Induk Latihan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan Malaysia 2008-2020 telah dilancarkan dengan rasminya bagi melahirkan pekerja-pekerja mahir untuk memenuhi keperluan tenaga mahir Negara dan masa depan Industri Negara. Misi pelan Induk ini ialah untuk membangunkan tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, dilengkapi dengan nilai dan sikap positif (K-pekerja). Dalam latihan sebelum ini, penerapan kemahiran sosial dan nilai sosial tidak berapa dititik beratkan dalam proses latihan. Sehubungan dengan itu pelbagai usaha dilakukan untuk menerapkan nilai sosial dan kemahiran sosial kedalam kurikulum teknikal dalam membangunkan K-pekerja.
Pandangan masyarakat terhadap Latihan Kemahiran.
Dalam merealisasikan hasrat Kerajaan menjadi Negara Maju menjelang tahun 2020, kebanyakan masyarakat masih lagi memandang sepi bidang latihan kemahiran. Ini dapat dibuktikan hanya sebilangan kecil anak-anak pelajar dihantar mengikuti latihan kemahiran walaupun hakikatnya berlaku percambahan mendadak pusat-pusat latihan kemahiran dan kemahiran tinggi bagi keperluan tenaga mahir di sektor industri yang tidak mengcukupi. Mungkin juga masyarakat tidak menyedari Negara memerlukan sehingga 46℅ tenaga mahir jika ingin menjadi sebuah negara maju berbanding hanya 28℅ tenaga mahir yang ada hari ini. Kesilapan besar setiap warga negara ialah memandang sepi lalu membiarkan sektor tenaga mahir dikuasai oleh tenaga asing dalam membangunkan negara. Peratus tenaga mahir tempatan adalah terlalu kecil dibandingkan dengan beberapa negara maju seperti Jerman, Australia, perancis dan Singapura. malah jauh tertinggal jika dibandingkan juga dengan negara tetangga yang lain seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Gambar foto: Kini selepas promosi "Mengarusperdanakan Bidang Latihan" oleh pihak JPK.
Bidang kemahiran telah menjadi pilihan
Kepentingan tenaga mahir kepada Negara
Diantara kepentingan pembangunan tenaga mahir kepada negara adalah;
Diantara kepentingan pembangunan tenaga mahir kepada negara adalah;
- Meyumbang tenaga dan idea dalam pembangunan negara
- Menggalakan peningkatan pelabur asing kedalam Negara.
- Menyumbang kepakaran dalam pembentukan negara maju menjelang 2020.
- Meningkatkan dan percepatkan pertumbuhan ekonomi negara
- Memenuhi kehendak pasaran tenaga mahir dalam sektor industri berkaitan
- Mengurangkan kebergantungan kepada kepakaran asing.
Siapa yang patut menyertai sektor ini?
Memandangkan "Mengarusperdanakan Latihan Kemahiran" telah menjadi agenda negara maka sewajarnya semua rakyat malaysia menyahut seruan murni kerajaan ini. Kita perlu mengubah pemikiran bahwa latihan kemahiran bukan lagi dikhaskan hanya untuk anak-anak yang tercicir bidang akademik atau hanya dipandang sebagai kerjaya kelas kedua, malah wajar disertai juga oleh anak-anak yang cemerlang akademik. Kita patut menyedari latihan kemahiran sebenarnya telah menerima pengiktirafan rasmi melalui perundangan oleh pihak Kerajaan. Pengiktirafan telahpun diberikan kepada lebih 700,000 pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sejak 1973.
Gambar foto: Latihan kemahiran diktiraf kerajaan melalui Persijilan kemahiran tunggal Negara
( Sijil Kemahiran Malaysia )
Transformasi Pendidikan Vokasional
Menjelang tahun 2013 kementerian Pelajaran pula akan melakukan perubahan besar-besaran dalam memperkasakan sistem pendidikan Vokasional. Sekolah-sekolah vokasional akan dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional yang menawarkan program peringkat sijil dan diploma. Butiran penuh akan diumumkan kemudian.
Gambar foto : Senario sambutan dingin daripada pelajar cemerlang terhadap aliran vokasional hari ini akan berubah apabila SMV dinaik taraf menjadi kolej Vokasional yang akan menawarkan program sijil dan diploma
No comments:
Post a Comment