BICARA KATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, saya dapat berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan Teknologi kimpalan. Matlamatnya adalah untuk memupuk minat dan kecenderungan pelajar di Kolej Vokasional, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan kemahiran dan pelajar universiti menjadikan bidang Teknologi kimpalan sebagai profesion. Mudahan Sedikit sumbangan ini dapat membantu anda memperoleh pengetahuan, mengetahui dan memahami fakta, konsep/prinsip, terminologi, proses dan prosedur kimpalan. Saya juga mengalu-alukan komen dan ulasan yang membina bagi meningkatkan kualiti artikel yang ditulis di Blog ini.
Terima kasih
Ts Tuan Mohamad Zaidi

Thursday, April 28, 2011

Bahan bukan logam

Bahan bukan logam terbentuk sama ada dalam bentuk cecair, gas atau pepejal. Bahan ini merupakan peebat yang baik kerana bahan ini tidak mempunyai unsur logam didalamnya.

1. Getah

Getah bersifat elastik dan mempunyai daya tahan yang kuat. sifat elastiknya membolehkan getah dipanjangkan sehingga beberapa kali ganda. Terdapat juga getah tiruan seperti getah butil, stirena butadin, polibutadin dan etilena propilena.
Getah banyak digunakan dalam industri pembuatan tayar, kasut, pelapik dan pengalas.

2. Seramik.

Seramik yang digunakan dalam industri dihasilkan daripada aluminium oksida, zirkonia, silikon nitrida, aluminium nitrida dan silikon karbida. seramik bersifat keras, rapuh, perintang bahan kimia dan mempunyai takat lebur yang tinggi. Seramik digunakan dalam industri aeroangkasa, pembuatan kompenan elektronik, elektrik dan automotif.

Contoh dan kegunaan seramik

i. Tanah liat:- Berasaskan tahah liat. Digunakan untuk membuat batu bata, jubin bumbung, paip pelapik relau dan mangkuk seramik kimpalan TIG.

ii. Pelelas:- Berasaskan intan, karborundum, dan korundum. Digunakan dalam pembuat roda canai, kain dan kertas emeri.

iii. Seramik kejuruteraan:- Berasaskan aluminium oksida, zirkonia, silikon nitrida, aluminium nitrida dan silikon karbida. Digunakan dalam pembuatan acuan, galas pam pencucuh, kompenan injin turbin dan disel.




Gambar foto: rotor diperbuat dari seramik kejuruteraan






iv. Seramik elektrik dan magnetik:- Berasaskan aluminium oksida dan titanium oksida. Digunakan dalam pembuatan kapasitor, termistor varistor dan magnet.





Gambar foto: kompenan elektronik diperbuat dari seramik elektrik.

No comments: