PENGUJIAN KIMPALAN (Bahagian 1)
Dua katagori Ujian Kimpalan/bahan
- Ujian Tanpa Musnah
- Ujian Musnah
Pengenalan kepada Ujian Tanpa Musnah - Non Destructive Testing (NDT)
Terdapat pelbagai Ujian tanpa musnah (NDT) yang digunakan untuk menguji kecacatan kimpalan atau kecacatan produk. antaranya ialah:
Ujian bahagian permukaan - Surface Testing
- Dye Penertant Testing (PT)
- Megnetic Particle Testing (MT)
- Eddy Current Testing (ET)
Ujian bahagian dalam Sambungan - Internal testing
- Radiograpic Testing (RT)
- Ultra Sonic Testing (UT)
Pemilihan kaedah ujian adalah bergantung kepada keadaan produk dan faktor-faktor tertentu
Ujian Resapan Warna - Penetrant Test (PT)
Dikenali juga sebagai Dye Penetrant Testing, Penetrant Flaw Detection atau Liquid Penetrant Inspection. Kaedah ujian ini dikategorikan sebagai ujian tanpa musnah (Non Destructive Testing). kaedah pengujian PT amat popular dalam industri pemeriksaan kimpalan kerana operasinya agak mudah serta selamat dilakukan. Semasa proses ujian dilakukan operator hanya perlu melakukan semburan pewarna khas dengan mematuhi beberapa prosedur penting. Kecacatan pada bahagian permukaan akan dapat dikesan dengan jelas dan tepat. Walaubagaimana pun kaedah pengujian ini tetap mempunyai limitasi yang perlu diambil kira semasa membuat pemilihan jenis ujian yang diperlukan. Operator yang melakukan ujian PT perlu merujuk dan mematuhi pada ketetapan kod dan standard yang digunakan. Contohnya pematuhan kepada prosedur bertulis kod ASME jadual V artikel 6 Boiler and Pressure Vassel berkaitan pembolehubah penting dan tidak penting.
Tujuan utama ujian Resapan Warna (PT) adalah untuk mengesan kecacatan pada bahagian permukaan produk yang dihasilkan. Ini bagi memastikan pruduk yang dihasilkan adalah berkualiti dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Ujian PT sesuai dilakukan pada semua produk kecuali bahagian permukaan yang porous seperti permukaan kayu, kain atau seramik tidak licin. Gambar foto 1.0 adalah contoh produk yang perlu dilakukan ujian PT
Gambar foto 1.0: bahagian dan produk yang dilakukan ujian PT
PEMILIHAN KAEDAH UJIAN
Sistem dan klasifikasi Penetrant
1. Colour contrast
2. Fluorecent
3. Dual sensivity
Prinsip Ujian Resapan Warna
Penetrant adalah cecair yang sangat nipis yang direka untuk meresap ke dalam retakan terkecil dengan kadar pembasahan yang tinggi. kepantasan resapan bergantung kepada keupayaan dan berapa lama masa menunggu (Duel Time). Cecair penetrant yang disemburkan pada permukaan spesimen akan meresap masuk mengikut bentuk dan kedalaman kecacatan melalui kaedah tindakan resapan atau capillary action. Bahan penyerap (Developer) yang merupakan colour contrast akan disembur untuk menarik lebihan cecair Penetrant yang terperangkap naik ke bahagian permukaan . Secara visual petunjuk ketakselanjaran yang hadir dapat dikesan dalam masa yang singkat dengan jelas. rajah 1.0.
Rajah 2.0: Prinsip tindakan resapan - capilarry action
Kelebihan Ujian PT
- Sesuai digunakan pada bahan bukan ferromegnetics
- Boleh melakukan ujian pada bahagian yang besar dengan kit semburan aresol ujian adalah mudahalih
- Kepekaan tinggi kepada ketakselanjaran penting apabila menguji rekabentuk atau geometri produk yang tidak sekata atau kecil.
- Hasilnya Jelas, mudah, murah dan ringkas untuk mentafsir kecacatan
- penunjuk imej visual boleh dilihat secara jelas saiz relatif, bentuk dan kedalaman kecacatan
- Tahap sensitiviti adalah tinggi dan dapat mengesan kecacatan yang baik
Kekurangan Ujian PT
- Hanya mengesan kecacatan pada bahagian permukaan.
- Memerlukan penelitian persediaan permukaan yang rapi
- Tidak sesuai pada permukaan yang porous
- Kebergantungan pada suhu dan persekitaran
- Kebergantungan kepada keserasian bahan kimia.
- Memerlukan masa menunggu untuk proses dan mengesan (duel time)
- Hasil Ujian tiada rekod kekal memerlukan tindakan merekod hasil ujian secepat mungkin
- Perlu dilakukan post Cleaning.
Ketepatan hasil Ujian amat bergantung kepada pekara berikut.
- Keadaan permukaan
- Sifat ketidak keselanjaran (Jenis dan Saiz)
- Rekabentuk dan geometri produk
- Kompenan bahan
- kedudukan, sudut dan saiz
- Peralatan dan kepakaran
- Bilangan kompenan yang diuji
Peralatan dan Kit Semburan Aerosol PT
Untuk melaksanakan ujian PT pelbagai keperluan peralatan perlu disediakan terlebih dahulu. Ianya bergantung kepada Jenis penetrant yang digunakan, Kaedah membuang lebihan penetrant dan Jenis Penyerap (Developer) yang digunakan. Selain dari Kit aresol dan kelengkapan nya beberapa alatan lain yang diperlukan ialah, berus dawai, Kain atau kertas tisu dan PPE .
Kit aresol Ujian Penetrant Test terdiri dari bahan pencuci (Cleaner) Bahan peresap (Penetrant) dan Bahan penyerap (Developer) Fungsi ketiga bahan tersebut adalah untuk membersih permukaan sebelum ujian, penetrant pula merupakan cecair bewarna yang akan menyerap masuk kedalam ketakselanjaran bahagian yang diuji. Developer pula sebagai colour contrast berfungsi sebagai penyerap penetrant untuk menzahirkan bentuk kecacatan pada permukaan jika ada.
Gambarfoto 3.0: Kit Ujian PT
Langkah kerja melakukan PT
Langkah 1
- Membersihkan permukaan dengan menggunakan cleaner
- Mengelap bahan pencuci menggunakan kain bersih atau kertas tisu khas hingga kering.
Pre-cleaning adalah prosedur penting bagi memastikan tiada bahan asing yang menghalang cecair penetrant menyerap masuk kedalam kecacatan.
- Mengaplikasikan penetrant pada bahagian kumai yang hendah diuji. Proses tersebut boleh dilakukan samada menggunakan kaedah menyapu menggunakan berus ataupun kaedah semburan.
- Membiarkan antara 10 hingga 15 minit (duel time) bagi memastikan penetrant benar-benar meresap masuk kedalam kecacatan jika ada.
Langkah 3
- Membersih dan membuang semua lebihan penetrant pada permukaan spesimen dengan menggunakan sedikit bahan pencuci dan kain bersih atau kertas tisu khas. perlu diberi perhatian agar tidak dikenakan tekanan yang kuat semasa membersih agar penetrant yang telah meresap tidak tertarik keluar.
Menyembur cecair developer pada permukaan yang diuji untuk menarik keluar lebihan penetrant yang telah menyerap kedalam kecacatan kimpalan. Kecacatan kimpalan atau ketakselanjaran yang ada akan terlihat kerana lapisan developer adalah bersifat colour countrast. Gambarfoto 3.0.
Langkah 5
- Merekodkan semua data yang diperolehi termasuk jenis kecacatan, bentuk dan saiz dalam borang laporan ujian untuk tindakan seterusnya.
- Membersih semua kesan developer yang terdapat pada permukaan menggunakan kaedah kimia atau mekanikal.
Keselamatan
Amalan keselamatan yang baik semasa melaksanakan ujian perlu diutamakan bagi mengelakkan risiko kesihatan pekerjaan. Antara langkah keselamatan wajib diberi perhatian semasa melakukan ujian adalah;
1. Memakai peralatan keselamatan dan perlindungan diri;
- Memakai pakaian yang sesuai
- Memakai kasut keselamatan
- Memakai gogel atau pelindung muka
- Memakai penapis pernafasan yang sesuai
- Mamakai sarung tangan getah
- Memakai safety harness jika melakukan ujian ditempat tinggi
3. Memastikan pengaliran udara dan sistem pengalihudaraan yang baik
4. Memastikan kit aresol ujian diletakkan ditempat yang selamat
5. Mematuhi amalan keselamatan khas jika melakukan ujian di tempat tinggi atau dalam kawasan terkurung (Confined space)
terima kasih -
No comments:
Post a Comment