PENGENALAN
PENDEDAHAN PENCEMARAN DARI KERJA KIMPALAN
proses kimpalan GTAW |
1. Wasap bertoksid
Selain dari sistem pengudaraan yang baik, risiko tersebut boleh dikawal melalui sistem pengalih udaraan yang berkesan melalui kaedah sistem penyedut asap khas iaitu fume extractor yang dipasang pada setiap bay kimpalan. Wasap bertoksid tersebut perlu ditapis dan dikeluarkan melalui sistem ekzos yang menyedut keluar terus keruang udara bahagian luar bengkel. Adalah penting memastikan wasap atau gas yang terhasil tidak terperangkap di dalam ruangan bengkel kerja kimpalan. lebih kecil zon mengimpal makin cepat asap berbahaya tersebut terkumpul. begitu juga jika lebih lama kerja mengimpal dilakukan maka wasap bertoksid lebih banyak terhasil. Jenis bahan berbahaya yang dikimpal juga mengundang risiko kepada sistem pernafasan.
Mengimpal menggunakan gas pelindung jenis karbon dioksida dalam proses GMAW diruang sempit juga berbahaya jika jika berlaku kebocoran gas. Kandungan gas CO2 yang berlebihan boleh menyikirkan gas oksigen dalam ruang kerja tersebut.
Kesan jangka pendek dari situasi ini adalah boleh menyebabkan berlaku keradangan pada bahagian mata, hidung dan tekak atau demam.
Kesan jangka panjang pula akan menyebabkan kerosakan teruk pada sistem saraf dan terdedah kepada kanser paru-paru
Sistem pengalihudaraan yang berfungsi secara optimum diperlukan apabila mengimpal di dalam ruang tertutup atau dalam bay kimpalan yang ditutupi skrin plastik gelap yang dipasang bagi mengelakkan sinaran arka terdedah kepada pekerja lain.
Control of Substances Hazardous to Health (COSHH)
COSHH adalah tindakan bagi memastikan bahwa wasap bertoksid di tempat kerja dikendalikan dengan baik. Ini melibatkan pengidentifikasian risiko dari wasap bertoksid tersebut. Penilaian risiko adalah untuk menentukan langkah-langkah pengendalian yang diperlukan, penerapan langkah-langkah pengendalian tersebut, dan pemberian informasi, pelatihan, dan pengawasan kepada pekerja. COSHH melibatkan langkah-langkah praktis seperti penggunaan sistem ventilasi pengalih udaraan (ventilation system) yang baik, penggunaan alat pelindung diri (APD / PPE) yang sesuai, tindakan pengendalian teknik isolasi sumber wasap bertoksid serta sistem pemantauan kesihatan pekerja.
penggunaan hood penyedut asap |
- Menggunakan pelindung muka jenis helmet (head shield) yang boleh menyalurkan udara bersih.
- Menggunakan penapis pernafasan
- memastikan bahagian muka tidak terlalu hampir dengan punca wasap
- menggunakan sistem pengalih udaraan seperti fume exctractor dan hook
- menggunakan penyedut asap jenis mudah alih
1 2 |
- Pelindung muka jenis helmet yang mempunyai hos penylur udara bersih
- Memakai penapis pernafasan secara langsung.
percikan bunga api semasa memotong logam |
Percikan bunga api atau percikan arka akan terhasil dari semua jenis proses kimpalan atau kerja pemotongan logam yang dilakukan. kerja kimpalan akan mencetuskan risiko kebakaran atau letupan jika terkena bahan mudah terbakar atau mudah meletup seperti minyak petrol, cat, thinner, gas mudah terbakar. Aspek keselamatan juga perlu apabila mengimpal bahagian yang terdapat panel kawalan bekalan elektrik bagi mengelakkan risiko berlakunya letupan.
Langkah kawalan terbaik adalah mengalihkan bahan-bahan tersebut atau menutup sepenuhnya dari terdedah secara langsung kepada percikan arka atau percikan yang berpunca dari kerja pemotongan.
menyembur buih sabun pada bahagian penyambungan |
- Mengenalpasti lokasi kedudukan alat pemadam api atau meletakkan alat pemadam api berhampiran tempat kerja mengimpal
- Mengalihkan bahan mudah terbakar dari kawasan kerja kimpalan
- Memastikan persekitaran mengimpal tiada bahan cecair yang boleh menyebabkan lantai menjadi licin
- Sisa buangan logam diletakkan di tempat yang betul.
- Peralatan tangan dan kelengkapan diletakkan ditempat yang sepatutnya.
- Pencahayaan yang baik
- Memastikan sistem pengaliran udara adalah baik.
Catatan: Semoga bermanfaat ~ chekguzaidi