BICARA KATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, saya dapat berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan Teknologi kimpalan. Matlamatnya adalah untuk memupuk minat dan kecenderungan pelajar di Kolej Vokasional, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan kemahiran dan pelajar universiti menjadikan bidang Teknologi kimpalan sebagai profesion. Mudahan Sedikit sumbangan ini dapat membantu anda memperoleh pengetahuan, mengetahui dan memahami fakta, konsep/prinsip, terminologi, proses dan prosedur kimpalan. Saya juga mengalu-alukan komen dan ulasan yang membina bagi meningkatkan kualiti artikel yang ditulis di Blog ini.
Terima kasih
Ts Tuan Mohamad Zaidi

Wednesday, May 18, 2011

Anda diktiraf sebagai Pakar Industri Negara (PIN)

Definisi
Pakar Industri Negara (PIN) adalah merupakan pekerja mahir yang mempunyai pengalaman berkerja di industri ATAU  pengajar kemahiran yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang yang diceburi serta minat mendalam dalam pembangunan tenaga mahir negara.  PIN dibahagikan kepada dua kategori iaitu;
Pakar Industri (PIND)
Individu yang terlibat secara langsung dengan pelbagai sektor industri seperti di
Lampiran A
Pakar Pengajar (PAJAR)
Individu yang terlibat secara langsung dengan pengajaran berasaskan kemahiran seperti di Lampiran A

Lampiran  A
  • Electrical and Electronic, Telecommunication & Broadcasting Industry  (EE01-00)
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi  (T02-00)
  • Machinery & Manufacturing (MC03-00)
  • Mechanical & Electrical Service And Maintenance  (ME04-00)
  • Transportation  (TP05-00)
  • Material  (MT06-00)
  • Packaging  (PG07-00)
  • Chemical  (CM09-00)
  • Medical and Pharmaceuticals  (MP10-00)
  • Hospitality and Tourism  (HT11-00)
  • Souvenir & Small Enterprise  (SS12-00)
  • Building & Construction  (BC-13-00)
  • Landscaping & Environmental  (LE14-00)
  • Interior Decor  (D15-00)
  • Business Management  (BM16-00)
  • Textile & Apparel  (TA17-00)
  • Agriculture & Agrobased  (AF18-00)
  • Resource Based  (RB19-00)
  • Biotechnology (Biotech)  (BT20-00)
  • Educations & Training Services  (ET21-00)
  • Others  (OT22-00)
Personel yang telah diperakui sebagai PIN bagi kategori Pakar Industri (PIND) layak menerima kad MySkills dan kelayakan Kekompetenan (KK) Gred 1 secara automatik.
Syarat-syarat untuk memperakukan sebagai PIN adalah seperti berikut;
Pakar Industri
Syarat utama
  • Warganegara Malaysia
  • Pengamal dalam Bidang / sektor kemahiran ≥ 10 tahun. Rujuk Lampiran A
Mesti memenuhi salah satu dari kelayakan di bawah
  • Terlibat menghasilkan rekaan produk
  • Pakar rujuk yang diperkaui majikan
  • Memiliki minimum kelayakan kekompetenan (KK) Gred 2 dari JPK
  • Mendapat pengiktirafan dari badan-badan  profesional yang diktiraf  seperti BEM, IEM, MMC, PAM,ACCA dll
  • Memenangi pertandingan kemahiran / rekacipta peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Gambar foto: Individu yang terlibat  menghasilkan rekaan 
diktiraf sebagai Pakar Industri
Pakar Pengajar (PAJAR)
Syarat Utama
  • Warganegara Malaysia
  • Mengajar dalam bidang kemahiran diktiraf JPK ≥ 10 tahun. Rujuk Lampiran A
  • Pengalaman bekerja di industri minimum 1 tahun atau latihan industri minimum 6 bulan.
Mesti memenuhi salah satu dari kelayakan di bawah
  • Mendapat pengiktirafan dari badan-badan  profesional yang diktiraf  seperti BEM, IEM, MMC, PAM,ACCA dll
  • Memenangi pertandingan kemahiran / rekacipta peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
  • Kelayakan Kemahiran sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia SKM Tahap 3 dalam bidang berkenaan.
Gambar foto: Guru Kemahiran di SM Vokasional di iktiraf 
sebagai PAJAR
Kad MySkills
Kad MySkills merupakan sebagai kad identiti yang dikeluarkan oleh JPK kepada Personel Lantikan JPK/Pusat Bertauliah untuk menyimpan rekod peribadi, kelayakan kemahiran (SKM/DKM/DLKM).  Kelayakan kekompetenan (KK) dan pengelibatan dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.  Pemegang kad MySkill ini hanya diberikan kepada personel yang telah berdaftar dan telah diperakukan sebagai PAKAR INDUSTRI NEGARA (PIN) iaitu;
  • Pakar Industri (PIND)
  • Pakar Pengajar (PAJAR)
  • Personel Lantikan JPK (PPL, PP, PPT, dll). atau
  • Pemegang kelayakan kekompetenan (KK) -Industri.
Prosedur Permohonan Pakar Industri Negara (PIN)
  • Semua permohonan PIN adalah secara online melalui laman sesawang www.ejpk.gov.my. atau pautan dari laman sesawang www.dsd.gov.my
  • Pemohon perlu membuat pengesahan bahwa setiap butiran maklumat yang diisi adalah butiran benar.  Sekiranya butiran yang diberikan adalah palsu , maka pihak JPK berhak menolak permohonan tersebut.
  • Sebarang permohonan perlu mendapat kelulusan daripada ketua jabatan atau majikan tempat pemohon berkhidmat.
  • Borang maklumat yang diisi secara online perlu dicetak dan di hantar bersama-sama dengan dokumen sokongan (Salinan Kelayakan Akademik & Kemahiran, Kursus-kursus berkaitan, pengesahan pengalaman kerja oleh majikan terdahulu & sekarang dalam bidang berkaiutan kepada pihak JPK. 
Permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen sokongan hendaklah dihantar kepada:

Pengarah
Bahagian Pembangunan  Kepakaran
Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Lot 4803, suite 0-10,
Bangunan CBD Perdana,
off Persiaran Flora,
63000 Cyberjaya, Selangor
(up: Unit Direktori Pakar Industri Negara)

Tel  : 03-8321 4700 / 4771 / 4772 / 4773 / 4774.
Fax : 03-83214868


Sumber : Jabatan Pembangunan Kemahiran

Friday, May 6, 2011

Bahan Komposit

Pengenalan
           Bahan komposit merupakan gabungan bahan logam atau bahan bukan logam atau kedua-duanya. Bahan komposit menjadi pilihan dalam industri pembuatan kerana bahan ini lebih ringan dan lebih ekonomi. Dua jenis bahan komposit yang popular digunakan ialah;
i. Plastik ; dan
ii. Kaca gentian (Fiber glass)

Plastik
Terdapat dua kumpulan plastik iaitu
a. Plastik termoset
Plastik termoset dibentuk dengan menggunakan kaedah pemesinan dan tekanan. Plastik jenis ini tidak lebur dengan sempurna dan tidak boleh dikitar semula.
b. Plastik termoplastik
Plastik termoplastik Boleh dibentuk pada suhu 115º hingga 327º dan boleh dikitar semula melalui proses peleburan tanpa merosakkan sifat kimianya.
gambar foto: kompenan dan aksesori motorsikal dihasilkan dari bahan komposit

a. Plastik termoset
- Fenol formaldehid:
Digunakan dalam pembuatan tombol pintu, pemegang bersalut dan telefon
- Poliester
Digunakan dalam pembuatan beg plastik, kerusi plastik, badan kenderaan, rak fail dan peralatan perhiasan rumah.
- Melamina formaldehid
Digunakan dalam pembuatan alat kelengkapan rumah, kompenan elektrik dan penyalut barangan.

gambar foto: produk plastik termoset: soket elektrik.
b. Plastik termoplastik
- Polietalina (PE)
Digunakan dalam pembuatan alat kelengkapan rumah, salur air, botol, permainan kanak-kanak dan sebahagian peralatan pertanian.
gambar foto: produk plastik termoplastik: kereta mainan kawalan jauh
- Polistirena (PS)
Digunakan dalam pembuatan rak, bekas makanan dan pekakas rumah.
- Poliproperlina (PP)
Digunakan dalam pembuatan cawan, kompenan kejuruteraan dan penebat dawai.
- Polivinil klorida (PVC)
Digunakan dalam pembuatan paip air dan kelengkapanya, beg dan pembuluh (conduit)

Thursday, April 28, 2011

Bahan bukan logam

Bahan bukan logam terbentuk sama ada dalam bentuk cecair, gas atau pepejal. Bahan ini merupakan peebat yang baik kerana bahan ini tidak mempunyai unsur logam didalamnya.

1. Getah

Getah bersifat elastik dan mempunyai daya tahan yang kuat. sifat elastiknya membolehkan getah dipanjangkan sehingga beberapa kali ganda. Terdapat juga getah tiruan seperti getah butil, stirena butadin, polibutadin dan etilena propilena.
Getah banyak digunakan dalam industri pembuatan tayar, kasut, pelapik dan pengalas.

2. Seramik.

Seramik yang digunakan dalam industri dihasilkan daripada aluminium oksida, zirkonia, silikon nitrida, aluminium nitrida dan silikon karbida. seramik bersifat keras, rapuh, perintang bahan kimia dan mempunyai takat lebur yang tinggi. Seramik digunakan dalam industri aeroangkasa, pembuatan kompenan elektronik, elektrik dan automotif.

Contoh dan kegunaan seramik

i. Tanah liat:- Berasaskan tahah liat. Digunakan untuk membuat batu bata, jubin bumbung, paip pelapik relau dan mangkuk seramik kimpalan TIG.

ii. Pelelas:- Berasaskan intan, karborundum, dan korundum. Digunakan dalam pembuat roda canai, kain dan kertas emeri.

iii. Seramik kejuruteraan:- Berasaskan aluminium oksida, zirkonia, silikon nitrida, aluminium nitrida dan silikon karbida. Digunakan dalam pembuatan acuan, galas pam pencucuh, kompenan injin turbin dan disel.




Gambar foto: rotor diperbuat dari seramik kejuruteraan






iv. Seramik elektrik dan magnetik:- Berasaskan aluminium oksida dan titanium oksida. Digunakan dalam pembuatan kapasitor, termistor varistor dan magnet.





Gambar foto: kompenan elektronik diperbuat dari seramik elektrik.