BICARA KATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, saya dapat berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan Teknologi kimpalan. Matlamatnya adalah untuk memupuk minat dan kecenderungan pelajar di Kolej Vokasional, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan kemahiran dan pelajar universiti menjadikan bidang Teknologi kimpalan sebagai profesion. Mudahan Sedikit sumbangan ini dapat membantu anda memperoleh pengetahuan, mengetahui dan memahami fakta, konsep/prinsip, terminologi, proses dan prosedur kimpalan. Saya juga mengalu-alukan komen dan ulasan yang membina bagi meningkatkan kualiti artikel yang ditulis di Blog ini.
Terima kasih
Ts Tuan Mohamad Zaidi

Wednesday, December 3, 2025

TRICK IN WELDING - 05

 TEKNIK MELAKUKAN KERJA MENCANAI MENGGUNAKAN MESIN PENCANAI MUDAH ALIH. 

Tahukah anda pelbagai variasi pengerakan Mesin Pencanai mudahalih (portable angle  grinder) semasa kerja mencanai. Teknik pergerakan yang berbeza dilakukan supaya bersesuai dengan kerja dan tujuan mencanai keatas bahan kerja dilakukan supaya lebih berkesan dan menepati kualiti yang diperlukan.




Antara teknik menggerakkan mesin pencanai ialah

  1. Pergerakan secara kiri ke kanan - Untuk kerja umum
  2. Pergerakan dari belakang kehadapan - kawasan kerja sempit
  3. Pergerakan kaedah membulat - Menghasilkan permukaan yang rata
  4. Pergerakan secara sehala - untuk logam lembut
chekguzaidi: semoga bermanfaat 

No comments: