Kimpalan Arka Logam gas atau Gas Metal Arc Welding (GMAW) dikenali juga sebagai Kimpalan Arka Logam Gas Lengai atau Metal Arc Welding (MIG) Kimpalan MIG digunakan secara meluas dalam industri kerana mudah dikendalikan serta boleh mengimpal berbagai jenis logam dan berbagai ketebalan logam. Kimpalan MIG banyak digunakan dalam industri pembuatan, industri automotif termasuk industri aeronautik. selain keluli karbon, kimpalan MIG juga boleh digunakan untuk mengimpal aluminium dan keluli kalis karat (Stainless steel). Elektrod kimpalan MIG dibekalkan dalam bentuk gelungan dawai berbeza dengan elektrod kimpalan yang lain yang dibekalkan secara batang atau rod.
Gambar foto: Mesin Kimpalan MIG |
Dalam kimpalan MIG, arka elektrik terbentuk apabila hujung dawai elektrod bersentuhan dengan logam asas. Arka menghasikan haba yang akan meleburkan logam asas dan hujung elektrod. Leburan elektrod san logam asas bercampur membentk kolam leburan dan sebati apabila sejuk untuk menghasilkan kumai kimpalan. Dawai elektrod tanpa salutan dibekalkan berterusan (dalam bentuk gelungan) melalui unit suapan dawai. Bekalan gas lengai melindungi arka dan kolam leburan daripada udara atmosfera.
MESIN KIMPALAN DAN AKSESORI
Antara bahagian dan fungsi bahagian mesin kimpalan:-
PANEL KAWALAN
Panel kawalan menempatkan tombol pelaras untuk melaras keluaran dawai elektrod dan gas pelindung. Pelaras arus dan voltan juga terdapat pada panel kawalan.
Gambar foto: Panel kawalan mesin kimpalan MIG |
PEMEGANG SUMPITAN (GUN)
Pemegang sumpitan atau "gun" berfungsi menghantar dawai elektrod, gas pelindung dan arus ke kawasan kimpalan. Terdapat suis untuk memula dan memutuskan arka, memutuskan bekalan gas pelindung dan elektrod kimpalan.
Gambar foto : Pemegang sumpitan Kimpalan MIG (gun) |
Muncung sumpitan menetapkan dawai elektrod dan gas lengai ke kawasan kimpalan. Ia diperbuat dari keluli kalis karat dan boleh ditanggalkan dari sumpitan.
Gambar foto : Muncung kimpalan MIG |
Terdapat dua jenis mekanisma suapan dawai digunakan dalam muncung sumpitan iaitu jenis tolak dan jenis tarik. Semasa mengimpal, penelitian hendaklah dibuat pada bahagian muncung sumpitan terutama bahagian orifis, nozel dan cip yang mungkin terdapat percikan yang melekat sehingga memenuhi nozel yang akan menganggu kelancaran proses mengimpal.
Gambar foto: Spray dan gel anti lekatan percikan lampau |
UNIT SUAPAN DAWAI ELEKTROD
Motor dalam unit suapan dawai secara automatik menghulur dawai elektrod dari gulungan dawai kepada muncung sumpitan arka. Pelbagai kelajuan keluaran dawai boleh dibuat dengan melaras suis pada panel kawalan.Terdapat dua suapan dawai yang dibina dalam punca kuasa atau sebagai satu unit yang berasingan dari mesin kimpalan. Unit berasingan sesuai digunakan untuk mengimpal di kawasan yang luas.
Gambar foto : Unit suapan dawai berasingan |
SILINDER DAN GAS LENGAI
Gas lengai yang digunakan dalam kimpalan MIG ialah gas argon, gas helium, gas campuran argon dan helium serta gas karbon dioksida.
PELARASAN PANEL KAWALAN, PENGATUR dan METER ALIR SERTA KENDALIANYA
Pengaliran gas lengai dari silinder ke kawasan kimpalan dilaras oleh panel kawalan, pengatur dan meter alir.Gas lengai terus mengalir keluar untuk Melindungi kawasan kawah leburan Kimpalan walaupun suis pemetik pada muncung sumpitan telah di "OFF" apabila proses kimpalan berhenti. Jangka masa keluaran gas ini dilaras pada panel kawalan mesin kimpalan MIG. Pengatur silinder gas lengai mengandungi tolok tekanan yang menunjukkan tekanan gas.
Gambar foto: Pengatur dan meter alir |
17 comments:
brp harga complete set utk mesin kimpalan MIG ni?
assalamualaikum...
maklumat dalam blog tuan sangat berkesan untuk pembelajaran. di sini saya memaklumkan yang saya ambil bahan dari blog tuan mig untuk tujuan mengahsilkan nota untuk kursus pendek di tempat saya. cuma saya tengah mencari nota yang sesuai untuk proses pemotongan logam (konvensional) untuk melengkapkan nota pengajaran saya. Mohamad rasidi bin ahmad. kolej komuniti rompin, pahang
Bagus laa blog nie......lengkap
Bagus laa blog nie......lengkap
nk tya, mesin MIG sy xkluar api yg ckp ktk welding, sdgkn br tkr gun sj.. knp yea?
ada tak cara2 nak pasang dawai elektrod mig?
Salam 1 malaysia...maklumat berguna kpd sahabat2 yang lain. Info..1 set completed berharga RM 2.4K ..ada inverter..memang berbaloi. Sudah bermacam projek saya buat..
Salam 1 malaysia...maklumat berguna kpd sahabat2 yang lain. Info..1 set completed berharga RM 2.4K ..ada inverter..memang berbaloi. Sudah bermacam projek saya buat..
Bagus la blog ni
Bagus la blog ni
assalamualaikum chegu zaidi. saya mohon keizinan untuk saya gunakan info dari blog ini bagi rujukan tugasan saya. Harap tidak keberatan..
ASSALAMUALAIKUM cikgu zaidi..mohon diizinkan dan dihalalkan ilmu yang dikongsi ini. saya ingin gunakan sebagai rujukan pembelajaran saya, nota cikgi sangat membantu.
Terima kasih.
Terima kasih info berguna
Aslkm. Saya telah membaca blog ini. Terima kasih
Aslkm. Saya telah membaca blog ini. Terima kasih
Masih lagi tak lengkap,sekarang ni sudah ada.mig tanpa gas.saya ingin tahu apa kekurangan nya.dan hasil kerja setanding tak dengan yg gunakan gas?
ASSALAMUALAIKUM cikgu zaidi..mohon diizinkan dan dihalalkan ilmu yang dikongsi ini.Semoga perkongsian ilmu ini diberkati Allah swt.
Terima kasih.
Post a Comment