BICARA KATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, saya dapat berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan kejuruteraan kimpalan. Matlamatnya adalah untuk memupuk minat dan kecenderungan anak-anak pelajar di Kolej Vokasional, SMT/V, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan kemahiran dan pelajar universiti menjadikan bidang kejuruteraan kimpalan sebagai profesion dimasa hadapan. Saya mengambil inisiatif ini memandangkan kesukaran mendapat bahan rujukan berkaitan kejuruteraan kimpalan dalam bahasa Malaysia. Mudahan Sedikit sumbangan ini dapat membantu anda memperoleh pengetahuan, mengetahui dan memahami fakta, konsep/prinsip, terminologi, proses dan prosedur kimpalan. Saya juga mengalu-alukan sumbangan artikel berkaitan serta komen dan ulasan yang membina bagi meningkatkan kualiti artikel yang ditulis di Blog ini.
Terima kasih
chekguzaidi

Thursday, September 29, 2011

PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (SKM)

Gambar Foto : Keindahan Pulau Langkawi 
LANGKAWI - 24 September
     Seramai 40 orang guru dari SM Vokasional SHAS dan SM Vokasional Langkawi telah mengikuti kursus induksi pentauliahan persijilan Kemahiran Malaysia tahap 3 berdasarkan Pengiktirafan pencapaian terdahulu (PP-PPT).Kursus Induksi yang dianjurkan secara bersama Persatuan Guru Vokasional dan Teknik diadakan selama 2 hari di Baron Resort Langkawi. Antara modul kursus ialah proses mambangunkan Portfolio Pencapaian Terdahulu. Kaedah PPT merupakan pengiktirafan dari pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran  kepada guru-guru kemahiran yang telah berpengalaman mengajar lebih dari 4 tahun. 
Gambar foto: Peserta kursus PPT di Baron Resort.


Gambar foto: Peserta dari SM Vokasional Langkawi
Objektif kursus dilaksanakan ialah supaya peserta dapat memahami syarat-syarat dan proses PPT, mengenalpasti keperluan NOSS, membangunkan Portfolio Vocational Trainning Officer (VTO), Vocational Trainning Executive (VTE) dan Vocational Trainning Manager (VTM) secara fast track. 
Kursus membangunkan portfolio berdasarkan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dikendalikan oleh Seri Pagi Enterprise sebuah  syarikat yang telah ditauliah oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran.  Adalah diharapkan semua peserta dapat menyiapkan Portfolio tahap 3 dan memperolehi  Sijil Kemahiran Malaysia serta VTE atau VTM dengan jayanya. Semoga krusus ini juga dapat dimanfaatkan sebaik mungkin selari dengan transformasi pendidikan Vokasional yang akan menjadi Kolej Vokasional menjelang 2013. 
Gambar foto: Diantara peserta Kursus sedang mendengar taklimat PPT
Lagi gambar

Gambar foto: Pemandangan dari puncak gunung Mat Cincang Pulau Langkawi


Gambar foto: Singgah di  Shell petrol station (Ringlet Cameron Highland)


Gambar foto:  Buah tangan untuk isteri  "pingan corelle"


Monday, September 12, 2011

KIMPALAN ARKA LOGAM BERPERISAI

JENIS MESIN KIMPALAN ARKA


Terdapat empat jenis mesin kimpalan arka 
1.  Mesin kimpalan arka jenis pengubah
2.  Mesin kimpalan arka jenis paduan arus terus (AT) dan arus ulang-alik (AU)
3.  Mesin kimpalan arka jenis jana kuasa panduan enjin
4.  Mesin kimpalan arka jenis janakuasa panduan bermotor elektrik

A.  Mesin kimpalan arka jenis pengubah
Mesin kimpalan arka arus ulang alik mengandungi  pengubah . Arus masuk ke pengubah     dan keluar melalui  kebel elektrod ke benda kerja. Mesin ini bersaiz kecil, murah dan  mudah alih.
Gambar fotoMesin Kimpalan jenis pengubah

B.  Mesin kimpalan arka jenis paduan arus terus (AT) dan arus ulang-alik (AU)
Mesin kimpalan arka jenis paduan arus terus dan arus ulang alik mengandungi pengubahdan penerus. mesin ini membekalkan arus terus dan arus ulang alik. Pemilihan arus dan   kekutuban boleh dilakukan dengan menukarkan  suis pemilihan arus dan kekutuban yang  terdapat bahagian panel mesin
Gambar foto: Mesin kimpalan jenis  paduan
arus terus (AT)  dan arus ulang alik (AU)
C.  Mesin Kimpalan arka jenis jana kuasa panduan enjin
Mesin kimpalan arka jenis jana kuasa panduan enjin memperolehi bekalan elektrik daripada jana kuasa yang digerakkan oleh enjin petrol atau diesel. Arus yang dihasilkan ialah arus terus.  Mesin kimpalan arka jenis ini sesuai digunakan di tempat yang tiada bekalan  elektrik.

Gambar foto: Mesin Kimpalan Arka Panduan enjin
D.  Mesin kimpalan arka jenis jana kuasa panduan motor elektrik.
Mesin kimpalan jenis ini menggunakan bekelan elektrik tiga fasa untuk menggerakkan motor elektrik melalui pemusingan aci.  Aci menggerakkan jana kuasa dan menghasilkan arus   kimpal jenis arus terus.  Mesin kimpalan jenis ini sudah jarang digunakan lagi.





Sunday, August 21, 2011

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

Pendahuluan
Suatu Akta untuk membuat peruntukan lanjut bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja, bagi melindungi orang lain terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti orang-orang yang sedang bekerja.   Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah berkuat kuasa mulai 25 feb 1994.  Akta 514 digubal berasaskan kepada pengurusan kendiri yang mana tanggung jawab memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terletak kepada majikan dan pekerja sama seperti mereka menguruskan perkara-perkara yang lain di tempat kerja seperti pengeluaran, pentadbiran dan keewangan. 
Akta Keselamatan dan kesihatan  tidak melupuskan  tetapi melengkapkan dan memperkemaskan undang-undang  sediada seperti Akta Kilang dan Jentera 1967 (Factories And Machinery Act & Regulations). Walaubagaimanapun sekiranya terdapat sebarang percanggahan , Akta Keselamatan dan Kesihata Pekerjaan akan digunakan.

Kepentingan Mengurus Keselamatan dan Kesihatan.
Pada tahu 1980 kadar kemalangan industri di Malaysia dilaporkan mencapai 50,000 kes dan meningkat sehingga 134,000 pada tahun 1993. Kemalangan ini melibatkan kecederaan dan juga kematian.   Berdasarkan kepada pemerhatian kemalangan lebih berpunca  daripada tiada  pengurusan keselamatan dan Kesihatan  yang betul.  
Selaras dengan konsep pengaturan kendiri,  Akta ini digariskan dengan begitu terperinci dan jelas  berkaitan kewajipan am semua pihak terlibat dalam aktiviti kerja bagi memelihara keselamatan dan kesihatan semasa bekerja.  Golongan yang diberikan tanggunjjawap dalam Akta ini ialah Majikan, orang-orang yang bekerja sendiri  dan pekerja.  Manakala pihak yang terlibat dalam merekabentuk, mengilang, mengimport dan membekalkan peralatan  dan bahan yang digunakan ditempat kerja  juga diberikan kewajipan am untuk memastikan peralatan dan bahan-bahan yanng dibekalkan adalah selamat dan tidak membahaya semasa digunakan.

AKTA 514
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan  memberi tanggung jawab kepada semua Pihak terlibat supaya mewujudkan sistem keselamatan dan kesihatan yang berkesan ditempat kerja  termasuklah aspek polisi keselamatan, organisasi dan sistem  kerja. 
Tujuan Akta ini adalah:
-  Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti-aktiviti orang-orang sedang bekerja;
-  Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang  sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada  aktiviti orang-orang sedang bekerja;
-  Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang    
bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka;
-  Untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan kesihatan  pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh sistem peraturan dan tataamalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara bergabung dengan peruntukan Akta ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau memperbaiki  standard keselamatan dan kesihatan.

KEWAJIPAN AM MAJIKAN DAN ORANG YANG BEKERJA
     Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya. Perkara yang diliputi oleh kewajipan itu termasuklah terutamanya;-
-  Pengadaan dan penyenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat yang praktik, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
-  Menyusun langkah bagi menjamin keselamatan dan kesihatan  dalam penggunaan, penyimpanan dan pengakutan loji.
-  menyediakan mallumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya.
-  memastikan permis kerja, serta jalan masuk dan keluar  adalah selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan pekerja-pekerjanya.
-  Menyedia dan menyelenggara persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk pekerja-pekerjanya.
     Dalam Akta ini loji bermaksud apa-apa jentera, kelengkapan, pekakas alat dan kompenanya,  manakala bahan pula bermaksud  bahan semulajadi atau buatan samada dalam bentuk pepejal, cecair, gas, wap atau apa-apa gabungan nya yang digunakan dalam aktiviti kerja.
Diantara pekara yang perlu diberikan perhatian oleh majikan ialah;
a.  adakan permis dan loji sediada menepati standard yang ditetapkan oleh undang-undang.
b.  adkah ciri-ciri  keselamatan diambil kira apabila  loji baru dibina 
c.  Adakah sistem kerja yang dikuti selamat untuk mengendalikan loji, dan penyimpanan, memproses serta cara mengakut bahan-bahan berbahaya.
d.  Adakah pemeriksaan menyeluruh ke atasc semua operasi loji sentiasa dibuat untuk memastikan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat dikurangkan ketahap minimum.
e.  adakah pemagaran, peranti keselamatan, pengawalan jentera, alat pelindung  diri serta peralatan keselamatan sentiasa diselenggara untuk memastikan ianya boleh berfungsi dengan sempurna.
f.  Adakah maklumat lengkap diberikan kepada pekerja  termaksuklan maklumat dalam bentuk label, spesifikasi, manual pengendalian jentera, peralatan atau bahan dengan cara yang selamat serta prosidur kecemasan .