Pengenalan
Elektrod merupakan rod guna habis yang berfungsi sebagai logam penambah dalam kerja kimpalan arka logam berperisai (dikenali juga sebagai: Sheilded Metal Arc Welding, Manual Metal Arc Welding, stick welding). Elektrod dibekalkan berdasarkan pelbagai keperluan kerja kimpalan yang dilakukan. Bahan atau kandungan rod dan logam asas (Base Metal) mestilah sama supaya enapan kimpalan menjadi lebih kuat dan berkualiti. Rod juga berfungsi sebagai pengalir elektrik yang baik. Rod dikenali sebagai "teras dawai" . Elektrod kimpalan SMAW dikategorikan dalam kumpulan elektrod elektrod bersalut.
Jenis Teras Dawai.
Elektrod di tentukan oleh jenis keluli dan salutanya, Elektrod diklusterkan kepada lima kategori utama bergantung kepada bahan dan jenis bahan yang akan dikimpal.
- Elektrod keluli berkarbon sederhana
- Elektrod keluli berkarbon tinggi - Hard Surfacing electrod
- Elektrod keluli aloi - Keluli kalis karat
- Elektrod besi tuang - Cast Iron electrod
- Elektrod logam bukan ferus - Aluminium
Pengelasan elektrod
Elektrod boleh dikenali berdasarkan tanda pengeluaran yang berbeza mengikut Negara tertentu. Walaupun berbagai jenama, bagi memastikan standard elektrod adalah sama pengelur mestilah menghasilkan elektrod berdasarkan ketetapan kod piawaian antarabangsa. Kod yang menjadi rujukan pengeluar ialah seperti American Welding Society (AWS) American Society of Testing Material (ASTM) Japan Standard (JS) dan banyak lagi. Elektrod yang berlainan jenama atau pengeluar tetapi dibawah pengelasan yang sama, kualiti dan ciri mestilah mematuhi ketetapan kod dan piawaian.
|
gambarajah: Sistem Kod nombor dicetak pada pangkal elektrod |
Pengelasan AWS
AWS menggunakan sistem kod nombor sebagai pengenalannya. contohnya elektrod keluli berkarbon menggunakan kod E6010, E6011, E6013, E7016, E7018 dan banyak lagi. Elektrod keluli tahan karat pula menggunakan kod E308-L-16 dan E309 L-16. Aluminium mengguna kod E4043. Setiap huruf dan nombor mempumyai maksud tertentu. No kod biasanya dicetak pada pangkal elektrod (rujuk gambarajah)