Mengenapasti setiap kelengkapan peralatan yang diperlukan dalam kerja kimpalan dapat memudahkan memilih peralatan yang sesuai untuk digunakan samada kerja ringan atau kerja berat (heavy duty). Terdapat perbezaan dari aspek fungsi setiap inventori antara mesin, kelengkapan, peralatan, aksesori dan peranti pelindung diri. Kelengkapan yang digunakan dapat di kategorikan berdasarkan kluster penggunakan termasuk jenis kerja yang akan dilakukan.
 |
| Rajah: Kelengkapan litar kimpalan SMAW |
Kategori kelengkapan utama boleh senaraikan seperti kreteria yang berikut;
- Kelengkapan dan aksesori mesin kimpalan
- Alat tangan (Hand tool)
- Kelengkapan perlindungan diri (PPE)
- Mesin dan mesin mudah alih
- Alat mengukur dan menguji
- Kelengkapan ujian Visual
- Alat membersih
- Peranti keselamatan litar kimpalan
Kelengkapan dan aksesori kimpalan
Kelengkapan bermaksud kompenan yang wajib ada semasa melakukan kerja mengimpal. Tanpa kelengkapan yang mengcukupi kerja kimpalan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
 |
| Rajah; Kelengkapan dan fungsi setiap kelengkapan |
Fungsi setiap Kelengkapan Kimpalan
Antara kelengkapan utama kimpalan yang diperlukan dan fungsi setiap kelengkapan tersebut adalah seperti yang dinyatakan dalam rajah.
Senarai kelengkapan ialah seperti pemegang elektrod (electrode holder), Kabel kerja, male and female Jack plug, earth clamp dan earth clamp cable. Aksesori lain termasuklah chipping hammer, hand or head shield, wire brush, wire cup brush, pnumetik chisel, cold chisel dan lain-lain lagi
Alat tangan (hand tools)
Alat tangan adalah pelbagai alat tangan biasa yang digunakan dalam kerja kejuruteraan,
contoh alat tangan lain adalah penebuk /penanda pusat, wise grip, apit G, gergaji besi, spanar , pemutar skeru, kekunci alen dan lain-lain
Kelengkapan perlindungan keselamatan (PPE)
Personel Protect Equiptment (PPE) merupakan kelengkapan perlindungan diri penting yang wajib dipakai semasa melakukan kerja berbahaya bertujuan melindungi anggota badan dari terdedah kepada hazard pekerjaan seperti keadaan kerja tidak selamat dan berisiko kecederaan. Contohnya; suhu tinggi, radiasi, kesukaran bernafas/lemas, pengelihatan dan hazard fizikal
contoh kelengkapan perlindungi diri yang lain ialah; Jaket keselamatan, apron kulit, topi keselamatan, leather arm proctector, dusk mask, Gogal/cermin mata pelindung dan lain-lain.
Mesin dan mesin mudah alih.
Mesin yang dimaksudkan ialah selain daripada mesin kimpalan dan kelengkapannya. Antara mesin yang sering digunakan dalam kerja kimpalan adalah seperti dinyatakan dalam rajah di bawah
 |
| Grinder machine |
 |
| Pnumetic chipping machine |
 |
| Band saw |
 |
| beveler machine |
 |
| pipe beveler machine |
 |
| Lathe Machine |
Antara mesin lain yang digunakan ialah beveler plat/pipe machine Lathe machine juga digunakan untuk buat serongan (bevel) pada tepi paip untuk sambungan temu V. Pnumetic chipping digunakan untuk menanggalkan sanga dengan lebih cepat berbanding chipping hammer. Alat mengukur dan menguji
Alat mengukur dan menguji boleh di kategorikan kepada alat mengukur dimensi, alat mengukur sudut, alat mengukur jisim (berat), alat mengukur suhu, alat mengukur masa dan alat mengukur tekanan. Dalam kerja kimpalan alat mengukur yang biasa digunakan adalah untuk mengukur dimensi, sudut dan mengukur suhu.





Gambarajah : Contoh alat mengukur dan menguji
Kelengkapan untuk Ujian Visual
Proses ujian kimpalan secara visual juga menggunakan pelbagai peralatan mengukur dan menguji yang bersesuaian dengan ujian yang dilakukan. Peralatan yang digunakan akan dapat membantu mengukur dimensi yang melibatkan kecacatan pada hasil kerja kimpalan. Inspection Kit biasanya di bekalkan secara
berasingan atau dalam bentuk kit lengkap yang mengandungi pelbagai jenis welding gauge atau fillet gauge
di antara kelengkapan kit ujian visual termasuklah cambridge gauge dan filet gauge.


Alat pembersih
Antara kerja selepas mengimpal yang perlu dilakukan ialah membersih hasil kerja kimpalan. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk membersih seperti menggunakan bahan kimia, kaedah pembersihan secara fizikal atau secara blasting. untuk pembersihan secara fizikal terdabat berbagai jenis alat yang digunakan untuk tujuan tersebut. Antara alat pembersih yang biasa digunakan ialah; Berus dawai, wire cup brush, chisel, Pnumetic scaler
Rajah: Alat dan kelengkapan membersih  |
| membersih kaedah sand blasting |
Dalam industri berat kaedah membersih menggunakan kaedah blasting dengan menyemburkan bahan pelelas seperti pasir halus pada tekanan yang tinggi.
🧱 Jenis-jenis Blasting
-
Sand Blasting – guna pasir
-
Grit Blasting – guna keluli grit
-
Shot Blasting – guna bebola keluli
-
Glass Bead Blasting – kemasan lebih halus
Peranti Keselamatan peralatan elektrik
Untuk tujuan keselamatan sistem pendawaian dan bekalan elektrik peranti keselamatan (safety device) hendaklah di pasang antara litar tersebut. Tujuannya ialah untuk memutuskan atau mengawal bekalan kuasa elektrik. antara peranti keselamatan bagi litar elektrik ialah suis kecemasan, suis utama, circuit braker, acelator dan lain-lain lagi;
Rajah: Peranti Keselamatan bagi litar elektrik
Contoh peralatan yang dinyatakan hanyalah sebahagian dari peralatan yang digunakan dalam industri kimpalan. Terdapat banyak lagi contoh peralatan dalam kerja Kimpalan
semoga bermanfaat : chekguzaidi