BICARA KATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, saya dapat berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan Teknologi kimpalan. Matlamatnya adalah untuk memupuk minat dan kecenderungan pelajar di Kolej Vokasional, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan kemahiran dan pelajar universiti menjadikan bidang Teknologi kimpalan sebagai profesion. Mudahan Sedikit sumbangan ini dapat membantu anda memperoleh pengetahuan, mengetahui dan memahami fakta, konsep/prinsip, terminologi, proses dan prosedur kimpalan. Saya juga mengalu-alukan komen dan ulasan yang membina bagi meningkatkan kualiti artikel yang ditulis di Blog ini.
Terima kasih
chekguzaidi

Thursday, July 11, 2024

KONVOI BERMOTORSIKAL PROGRAM JELAJAH TVET MADANI KESUMA 2024 ZON TIMUR

 SALAM MADANI..

Program Konvoi bermotorsikal ini dianjurkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Bertujuan mempromosi dan menyemarakan agenda  TVET Negara.  Program ini telahpun dilaksanakan bermula siri 1 di Wilayah utara pada tahun 2019, siri 2 di Wilayah tengan 2020, siri 3 di Wilayah Selatan 2022 dan siri 4 Wilayah Timur pada tahun 2024


Tarikh Program : 22 - 25 Julai 2024 

Jelajah konvoi bermotorsikal ini akan bermula pada 22 Julai dengan Flag off di CIAST Shah Alam. Lokasi persinggahan  Konvoi bermotorsikal ~ akan di update.

~ Berita bergambar akan menyusul...

Saturday, July 6, 2024

KESELAMATAN DALAM KERJA KIMPALAN BAHAGIAN ll - MENGAWAL RISIKO KESIHATAN PEKERJAAN

PENGENALAN

Proses kimpalan telah digunakan dalam industri  sejak lebih daripada 2,000 tahun lampau. Seperti proses perindustrian lain, kimpalan boleh menjadi sangat berbahaya disebabkan penggunaan sumber Voltan tinggi, gas bertoksik, percikan api dan suhu melampau yang  merupakan hasil sampingan daripada kerja kimpalan yang boleh membahayakan pekerja. Apabila pekerja "menyalakan arka" atau "menyalakan torch pemotongan", tindakan dan amalan keselamatan perlulah diberikan keutamaan.

 PENDEDAHAN PENCEMARAN DARI KERJA KIMPALAN

Pencemaran utama adalah berpunca dari wasap bertoksid yang terhasil dari kerja kimpalan dan pemotongan  boleh dikawal supaya tidak menjejaskan pekerja kimpalan kepada kesan sampingan yang boleh menjejaskan  keselamatan dan kesihatanya. Wasap bertoksid terhasil daripada kerja kimpalan dan pemotongan kebiasaanya berpunca dari salutan elektrod yang terbakar secara langsung atau dari bahan yang dikimpal atau dipotong. Risiko tersebut boleh dikawal dengan mengambil langkah keselamatan berdasarkan standard yang ditetapkan. Untuk mengenalpasti risiko dan kawalanya, pihak pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlulah melaksanakan HIRARC terlebih dahulu bagi merangka kaedah mengatasinya secara berkesan.

proses kimpalan GTAW 
Langkah mengawal risiko

1. Wasap bertoksid

Selain dari sistem pengudaraan yang baik, risiko tersebut boleh dikawal melalui sistem pengalih udaraan yang berkesan melalui kaedah sistem penyedut asap khas iaitu fume extractor yang dipasang pada setiap bay kimpalan. Wasap bertoksid tersebut perlu ditapis dan dikeluarkan melalui sistem ekzos yang menyedut keluar terus keruang udara bahagian luar bengkel. Adalah penting memastikan  wasap atau gas yang terhasil tidak terperangkap di dalam ruangan bengkel kerja kimpalan. lebih kecil zon mengimpal makin cepat asap berbahaya tersebut terkumpul. begitu juga jika lebih lama kerja mengimpal dilakukan maka wasap bertoksid lebih banyak terhasil.  Jenis bahan berbahaya yang dikimpal juga mengundang risiko kepada sistem pernafasan.  

Mengimpal menggunakan gas pelindung jenis karbon dioksida dalam proses GMAW  diruang sempit juga berbahaya jika jika berlaku kebocoran gas. Kandungan gas CO2 yang berlebihan boleh  menyikirkan gas oksigen dalam ruang kerja tersebut.

Kesan jangka pendek dari situasi ini adalah boleh menyebabkan berlaku keradangan pada bahagian mata, hidung dan tekak atau demam.

Kesan jangka panjang pula akan menyebabkan kerosakan teruk pada sistem saraf dan terdedah kepada kanser paru-paru

Sistem pengalihudaraan yang berfungsi secara optimum diperlukan apabila mengimpal di dalam ruang tertutup  atau dalam bay kimpalan yang ditutupi skrin plastik gelap yang dipasang bagi mengelakkan sinaran arka terdedah kepada pekerja lain. 

Control of Substances Hazardous to Health (COSHH)  

COSHH adalah tindakan bagi memastikan bahwa wasap bertoksid di tempat kerja dikendalikan dengan baik. Ini melibatkan pengidentifikasian risiko dari wasap bertoksid tersebut. Penilaian risiko adalah untuk menentukan langkah-langkah pengendalian yang diperlukan, penerapan langkah-langkah pengendalian tersebut, dan pemberian informasi, pelatihan, dan pengawasan kepada pekerja.  COSHH melibatkan langkah-langkah praktis seperti penggunaan sistem ventilasi pengalih udaraan (ventilation system) yang baik, penggunaan alat pelindung diri (APD / PPE) yang sesuai, tindakan pengendalian teknik isolasi sumber wasap bertoksid serta sistem pemantauan kesihatan pekerja. 


penggunaan hood penyedut asap

Bagaimana mengelakkan terdedah secara langsung kepada wasap bertoksid;
  • Menggunakan pelindung muka jenis helmet (head shield)  yang boleh menyalurkan  udara bersih.
  • Menggunakan penapis pernafasan
  • memastikan bahagian muka tidak terlalu hampir dengan punca wasap
  • menggunakan sistem pengalih udaraan seperti fume exctractor dan hook
  • menggunakan penyedut asap jenis  mudah alih
1                                               2  

  1. Pelindung muka jenis helmet yang mempunyai hos penylur udara bersih 
  2. Memakai penapis pernafasan secara langsung.

















Selain berkaitan pernafasan, peraturan COSHH  juga meliputi pencemaran bunyi yang berkait dengan faktor tahap kekuatan bunyi  dan  jalur ferkuensi bunyi. Standard kekuatan bunyi yang dibenarkan  adalah  bergantung   kepada negara,  jenis pekerjaan dan  jenis industri.     Tahap kebisingan biasanya diukur dalam unit  desibel (dB).    Jabatan   Keselamatan dan   Kesihatan Pekerjaan (JKKP)  di bawah  Kementerian  Sumber   Manusia secara   umumnya menyatakan tahap kebisingan (Noise ExposureRegulations 2019 tidak boleh melebihi 85 dB selama 8jam sehari. 
Jika berlaku peningkatan kebisingan 3 dB diatas 85 dB maka waktu kerja  perlu dikurangkan.  Langkah mengatasinya adalah dengan memakai palam pelindung telinga (ear plug) yang bersesuaian atau alat bantuan pendengaran. Langkah kawalan lain yang boleh diambil adalah melalui kawalan pentadbiran seperti mengatur jadual kerja yang bersesuaian dan memberi amaran bahaya berkaitan kepada pekerja.

2. Percikan bunga api dan percikan arka

percikan bunga api semasa memotong logam

Percikan bunga api atau percikan arka akan terhasil dari semua jenis proses  kimpalan atau kerja pemotongan logam yang dilakukan. kerja kimpalan akan mencetuskan risiko kebakaran atau letupan jika terkena bahan mudah terbakar atau mudah meletup seperti minyak petrol, cat, thinner, gas mudah terbakar. Aspek keselamatan juga perlu apabila mengimpal bahagian yang terdapat panel kawalan  bekalan elektrik bagi mengelakkan risiko berlakunya letupan.

Langkah kawalan terbaik adalah mengalihkan bahan-bahan tersebut atau menutup sepenuhnya  dari terdedah secara langsung kepada percikan arka atau percikan yang berpunca dari kerja pemotongan.



menyembur buih sabun pada bahagian penyambungan
buih sabun yang telah disemburkan pada alatur dan silinder gas


Kebocoran Gas


Bahagian silinder atau injap silinder gas yang rosak boleh menyebabkan berlakunya kebocoran yang akan mengakibatkan kemungkinan berlakunya letupan atau pencemaran udara. Bagi mengelakkan risiko tersebut setiap bahagian injap dan penyambungan pada silinder gas dan kelengkapanya perlulah dilakukan ujian kebocoran agar kebocoran tersebut dapat dikesan dan diselenggara seperti sepatutnya. 
Kaedah melakukan ujian yang mudah ialah dengan membuka injap silinder gas, melaras 

injap tekanan kerja pada alatur dan menyapu buih sabun pada setiap bahagian penyambungan seperti antara alatur dan silinder gas, semua bahagian pengatur, bahagian alat pencegah nyalabalas (flashback arrestor), bahagian penyambung antara pengatur dan hos. Pemerhatian perlu dilakukan bagi mengesan tanda-tanda jika terdapat kebocoran. Biasanya buih sabunn tersebut akan menghasilkan gelembung udara jika terdapat kebocoran.

Tindakan keselamatan berkaitan
  1. Mengenalpasti lokasi kedudukan alat pemadam api atau meletakkan alat pemadam api berhampiran tempat kerja mengimpal
  2. Mengalihkan bahan mudah terbakar dari kawasan kerja kimpalan
  3. Memastikan persekitaran mengimpal tiada bahan cecair yang boleh menyebabkan lantai menjadi licin 
  4. Sisa buangan logam diletakkan di tempat yang betul.
  5. Peralatan tangan dan kelengkapan diletakkan ditempat yang sepatutnya.
  6. Pencahayaan yang baik
  7. Memastikan sistem pengaliran udara adalah baik.

Catatan: Semoga bermanfaat ~ chekguzaidi

Friday, July 5, 2024

TIP & TRICK IN WELDING 03

 No Rujukan Proses Kimpalan Arka

Nombor rujukan ini digunakan untuk pengimpal mengenalpasti proses kimpalan dalam dokumentasi seperti WPS (BS EN ISO 15614 dan ) kelayakan pengimpal (welder qualification BS EN 287 dan  BS EN 9606)

111 : Manual metal arc welding;

114 : Self-shielded tubular-cored arc welding;

121 : Submerged arc welding with one wire electrode;

125 : Submerged arc welding with tubular cored electrode;

131 : Metal inert gas welding (MIG welding);

135 : Metal active gas welding (MAG welding);

136 : Tubular cored metal arc welding with active gas shield;

141 : Tungsten inert gas arc welding (TIG welding);

15   :  Plasma arc welding;

 

Contoh kegunaan kod nombor pada simbol kimpalan

Catatan: Semoga Bermanfaat ~ Chekguzaidi