Gambar Foto : Keindahan Pulau Langkawi |
Seramai 40 orang guru dari SM Vokasional SHAS dan SM Vokasional Langkawi telah mengikuti kursus induksi pentauliahan persijilan Kemahiran Malaysia tahap 3 berdasarkan Pengiktirafan pencapaian terdahulu (PP-PPT).Kursus Induksi yang dianjurkan secara bersama Persatuan Guru Vokasional dan Teknik diadakan selama 2 hari di Baron Resort Langkawi. Antara modul kursus ialah proses mambangunkan Portfolio Pencapaian Terdahulu. Kaedah PPT merupakan pengiktirafan dari pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran kepada guru-guru kemahiran yang telah berpengalaman mengajar lebih dari 4 tahun.
Gambar foto: Peserta kursus PPT di Baron Resort. |
Gambar foto: Peserta dari SM Vokasional Langkawi |
Kursus membangunkan portfolio berdasarkan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dikendalikan oleh Seri Pagi Enterprise sebuah syarikat yang telah ditauliah oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran. Adalah diharapkan semua peserta dapat menyiapkan Portfolio tahap 3 dan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia serta VTE atau VTM dengan jayanya. Semoga krusus ini juga dapat dimanfaatkan sebaik mungkin selari dengan transformasi pendidikan Vokasional yang akan menjadi Kolej Vokasional menjelang 2013.
Gambar foto: Diantara peserta Kursus sedang mendengar taklimat PPT |
Gambar foto: Pemandangan dari puncak gunung Mat Cincang Pulau Langkawi |
Gambar foto: Singgah di Shell petrol station (Ringlet Cameron Highland) |
Gambar foto: Buah tangan untuk isteri "pingan corelle" |
No comments:
Post a Comment