BICARA KATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, saya dapat berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan Teknologi kimpalan. Matlamatnya adalah untuk memupuk minat dan kecenderungan pelajar di Kolej Vokasional, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan kemahiran dan pelajar universiti menjadikan bidang Teknologi kimpalan sebagai profesion. Mudahan Sedikit sumbangan ini dapat membantu anda memperoleh pengetahuan, mengetahui dan memahami fakta, konsep/prinsip, terminologi, proses dan prosedur kimpalan. Saya juga mengalu-alukan komen dan ulasan yang membina bagi meningkatkan kualiti artikel yang ditulis di Blog ini.
Terima kasih
chekguzaidi

Wednesday, May 15, 2024

TIP & TRICK IN WELDING 01

Kenapa jurutera kimpalan menetapkan sudut kandung (included angle) bagi kimpal lurah (groove weld) seperti sambungan temu V (V butt joint) adalah antara 60 -70 darjah paling ideal ???


Antara sebabnya;

  1. Dapat minimumkan kadar kemasukan haba (heat in put) pada sambungan kimpalan bagi mengelakkan struktur mikronya (mikro structure) berubah kesan daripada  pemanasan berlebihan yang berterusan.
  2. Untuk meminimumkan  enapan logam penambah (elektrod)  pada lurah kimpal yang boleh menyebabkan berlakunya herotan (Distortion)
  3. Untuk mengawal saiz zon terkesan haba (Heat Affected Zone / HAZ) bagi mengurangkan zon  kritikal.
  4. Tidak perlu lakukan teknik anyaman untuk larian penukupan (capping)

semoga bermanfaat ~ chekguzaidi

Tuesday, May 7, 2024

ELEKTROD KIMPALAN ARKA LOGAM BERPERISAI. (BAHAGIAN 1)

  Pengenalan

Elektrod merupakan rod  guna habis yang berfungsi sebagai logam penambah dalam kerja kimpalan arka logam berperisai (dikenali juga sebagai: Sheilded Metal Arc Welding, Manual Metal Arc Welding, stick welding). Elektrod dibekalkan berdasarkan pelbagai keperluan kerja kimpalan yang dilakukan. Bahan atau kandungan rod dan logam asas (Base Metal) mestilah sama supaya enapan  kimpalan menjadi lebih kuat dan berkualiti. Rod juga berfungsi sebagai pengalir elektrik yang baik. Rod dikenali sebagai "teras dawai" . Elektrod kimpalan SMAW dikategorikan dalam kumpulan elektrod elektrod bersalut. 

Jenis Teras Dawai.

Elektrod di tentukan oleh jenis keluli dan salutanya, Elektrod diklusterkan kepada lima kategori utama bergantung kepada bahan dan jenis bahan yang akan dikimpal. 

  1. Elektrod keluli berkarbon sederhana
  2. Elektrod keluli berkarbon tinggi - Hard Surfacing electrod
  3. Elektrod keluli aloi - Keluli kalis karat
  4. Elektrod besi tuang - Cast Iron electrod
  5. Elektrod logam bukan ferus - Aluminium
Pengelasan elektrod

Elektrod boleh dikenali berdasarkan tanda pengeluaran yang berbeza mengikut Negara tertentu.  Walaupun berbagai jenama,  bagi memastikan standard elektrod adalah sama pengelur mestilah menghasilkan elektrod berdasarkan ketetapan kod piawaian antarabangsa. Kod yang menjadi rujukan pengeluar ialah seperti American Welding Society (AWS) American Society of  Testing Material (ASTM) Japan Standard (JS) dan banyak lagi. Elektrod yang berlainan jenama atau pengeluar tetapi dibawah pengelasan yang sama,  kualiti dan ciri mestilah mematuhi ketetapan kod dan piawaian. 
     
gambarajah: Sistem Kod nombor dicetak pada pangkal elektrod
Pengelasan AWS

AWS  menggunakan sistem kod nombor sebagai pengenalannya. contohnya elektrod keluli berkarbon menggunakan  kod E6010, E6011, E6013, E7016, E7018 dan banyak lagi.  Elektrod keluli tahan karat pula menggunakan kod E308-L-16 dan E309 L-16. Aluminium mengguna kod E4043. Setiap huruf dan nombor mempumyai maksud tertentu. No kod biasanya dicetak pada pangkal elektrod (rujuk gambarajah)

Monday, September 25, 2023

KELULI KALIS KARAT (STAINLESS STEEL)

 Pengenalan

Keluli kalis karat merupakan keluli yang paling banyak digunakan dalam industri pembuatan dan industri pembinaan. Ini disebabkan sifat semula jadinya yang tahan kakisan dan  anti karat. Struktur permukaan yang licin amat menarik dan tidak perlu dicat. Antara kelebihanya ialah keluli kalis karat amat sesuai menghasil kan produk yang terdedah kepada persekitaran yang terbuka seperti udara/air masin. 


Gambar foto : Pelbagai  bentuk keluli Kalis karat

     Keluli Kalis Karat merupakan keluli aloi yang mempunyai aloi kromium dan nikel (Tembaga Putih) yang banyak.  Kandungan bahan tersebut telah menyebabkan keluli ini menjadi keluli yang kalis karat, berkeupayaan untuk menahan dari hakisan dan kakisan. Keluli kalis karat biasanya yang mengandungi diantara10-20% chromium sebagai unsur aloi utama (main alloying element) mempunyai nilai yang tinggi kerana kalis kakisan (corrosion resistance). Keluli kalis karat yang mengandungi lebih dari 11% Chromium, adalah lebih 200 kali lebih kalis kakisan dari keluli lembut. 
         Jika nikel ditambah, struktur austenite didalam besi akan distabilkan (stabilized). Struktur Kristal ini akan menjadikan keluli tidak bermagnet (non-magnetic) dan kurang rapuh pada suhu rendah.  Manganese yang ditambah didalam keluli kalis karat adalah untuk mengekalkan struktur austenite didalam keluli, sama seperti nikel 
Nikel (Ni) bersifat anti karat manakala kromium (Cr) akan menentukan sifat kekerasan keluli tersebut.

Pengelasan Keluli Kalis Karat
Keluli kalis karat boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama bergantung kepada struktur kristalnya (crystalline structure):
  1. Keluli Kalis karat jenis Austenitic, atau siri 200 dan 300
  2. Keluli kalis karat jenis Ferritic (Ferritic stainless steel)
  3. Keluli kalis karat Martensitic tidak kalis kakisan (non corrosion-resistant)