Pendahuluan
Suatu Akta untuk membuat peruntukan lanjut bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja, bagi melindungi orang lain terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti orang-orang yang sedang bekerja. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah berkuat kuasa mulai 25 feb 1994. Akta 514 digubal berasaskan kepada pengurusan kendiri yang mana tanggung jawab memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terletak kepada majikan dan pekerja sama seperti mereka menguruskan perkara-perkara yang lain di tempat kerja seperti pengeluaran, pentadbiran dan keewangan.
Akta Keselamatan dan kesihatan tidak melupuskan tetapi melengkapkan dan memperkemaskan undang-undang sediada seperti Akta Kilang dan Jentera 1967 (Factories And Machinery Act & Regulations). Walaubagaimanapun sekiranya terdapat sebarang percanggahan , Akta Keselamatan dan Kesihata Pekerjaan akan digunakan.
Kepentingan Mengurus Keselamatan dan Kesihatan.
Pada tahu 1980 kadar kemalangan industri di Malaysia dilaporkan mencapai 50,000 kes dan meningkat sehingga 134,000 pada tahun 1993. Kemalangan ini melibatkan kecederaan dan juga kematian. Berdasarkan kepada pemerhatian kemalangan lebih berpunca daripada tiada pengurusan keselamatan dan Kesihatan yang betul.
Selaras dengan konsep pengaturan kendiri, Akta ini digariskan dengan begitu terperinci dan jelas berkaitan kewajipan am semua pihak terlibat dalam aktiviti kerja bagi memelihara keselamatan dan kesihatan semasa bekerja. Golongan yang diberikan tanggunjjawap dalam Akta ini ialah Majikan, orang-orang yang bekerja sendiri dan pekerja. Manakala pihak yang terlibat dalam merekabentuk, mengilang, mengimport dan membekalkan peralatan dan bahan yang digunakan ditempat kerja juga diberikan kewajipan am untuk memastikan peralatan dan bahan-bahan yanng dibekalkan adalah selamat dan tidak membahaya semasa digunakan.
AKTA 514
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan memberi tanggung jawab kepada semua Pihak terlibat supaya mewujudkan sistem keselamatan dan kesihatan yang berkesan ditempat kerja termasuklah aspek polisi keselamatan, organisasi dan sistem kerja.
Tujuan Akta ini adalah:
- Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti-aktiviti orang-orang sedang bekerja;
- Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang sedang bekerja;
- Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang
bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka;
- Untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh sistem peraturan dan tataamalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara bergabung dengan peruntukan Akta ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan.
KEWAJIPAN AM MAJIKAN DAN ORANG YANG BEKERJA
Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya. Perkara yang diliputi oleh kewajipan itu termasuklah terutamanya;-
- Pengadaan dan penyenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat yang praktik, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
- Menyusun langkah bagi menjamin keselamatan dan kesihatan dalam penggunaan, penyimpanan dan pengakutan loji.
- menyediakan mallumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya.
- memastikan permis kerja, serta jalan masuk dan keluar adalah selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan pekerja-pekerjanya.
- Menyedia dan menyelenggara persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk pekerja-pekerjanya.
Dalam Akta ini loji bermaksud apa-apa jentera, kelengkapan, pekakas alat dan kompenanya, manakala bahan pula bermaksud bahan semulajadi atau buatan samada dalam bentuk pepejal, cecair, gas, wap atau apa-apa gabungan nya yang digunakan dalam aktiviti kerja.
Diantara pekara yang perlu diberikan perhatian oleh majikan ialah;
a. adakan permis dan loji sediada menepati standard yang ditetapkan oleh undang-undang.
b. adkah ciri-ciri keselamatan diambil kira apabila loji baru dibina
c. Adakah sistem kerja yang dikuti selamat untuk mengendalikan loji, dan penyimpanan, memproses serta cara mengakut bahan-bahan berbahaya.
d. Adakah pemeriksaan menyeluruh ke atasc semua operasi loji sentiasa dibuat untuk memastikan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat dikurangkan ketahap minimum.
e. adakah pemagaran, peranti keselamatan, pengawalan jentera, alat pelindung diri serta peralatan keselamatan sentiasa diselenggara untuk memastikan ianya boleh berfungsi dengan sempurna.
f. Adakah maklumat lengkap diberikan kepada pekerja termaksuklan maklumat dalam bentuk label, spesifikasi, manual pengendalian jentera, peralatan atau bahan dengan cara yang selamat serta prosidur kecemasan .