Menentukan sifat logam merupakan faktor penting yang perlu diambil kira dalam pemilihan bahan kejuruteraan sebelum merekabentuk sesuatu produk atau struktur bangunan. Sifat fizikal logam ialah keberaliran haba, keberaliran elektrik dan takat lebur. Sifat mekanik logam pula adalah keupayaan struktur logam untuk berubah apabila dikenakan daya atau beban keatasnya.
A. Sifat Fizikal Logam dan Takrifanya
1. Keberaliran haba.
Sifat keberaliran haba ialah sifat bahan logam atau bukan logam yang membolehkan haba melaluinya. Contoh logam yang mempunyai sifat keberaliran haba yang baik ialah kuprum dan aluminium.

2. Keberaliran elektrik.
Sifat keberaliran elektrik merujuk kepada sifat sesuatu bahan yang membenarkan pengaliran elektrik melaluinya. Contoh pengalir elektrik yang baik ialah kuprum, aluminium, timah dan keluli.
3. Takat lebur
Takat lebur ialah had suhu maksimum sesuatu bahan pepejal sebelum menjadi cair apabila dikenakan haba yang tinggi. Takat lebur setiap bahan adalah berbeza bergantung pada jenis dan kandungan bahan yang terdapat didalamnya.

B. Sifat Mekanik Logam Dan Takrifanya
- Kemuluran
Sifat kemuluran |
Sifat kemuluran diuji menggunakan mesin ujian tegangan
- Ketempaan
Merujuk kepada sifat logam yang mudah dibentuk tanpa retak atau pecah. Contoh produk
bersifat ketempaan ialah rivet dan kepala alat pematri lembut. Sifat ketempaan diuji menggunakan mesin ujian tegangan.
- Kerapuhan
Merujuk kepada sifat logam yang mudah retak atau pecah apabila dikenakan daya hentaman ke atasnya. Contoh produk yang bersifat kerapuhan ialah kerangka mesin yang diperbuat dari besi tuang kelabu. Sifat kerapuhan diuji menggunakan mesin penguji charpy.
Kekerasan
merujuk kepada sifat bahan yang boleh menahan haus, perubahan bentuk, tusukan dan lelasan.
Contoh produk ialah mata alat pemotong, roda dan rail keretapi serta bahagian mesin yang bergesel. Sifat kekerasan diuji menggunakan mesin penguji Brinnel, Rockwell atau Vikers

Gambar foto: Mesin Ujian Charpy digunakan untuk menguji kekuatan logam. |
merujuk kepada sifat bahan yang boleh menahan haus, perubahan bentuk, tusukan dan lelasan.
Contoh produk ialah mata alat pemotong, roda dan rail keretapi serta bahagian mesin yang bergesel. Sifat kekerasan diuji menggunakan mesin penguji Brinnel, Rockwell atau Vikers
- Keplastikan
Merujuk kepada sifat logam yang boleh dibentuk secara kekal tanpa retak atau pecah. Digunakan dalam kerja tekanan dan tarikan. Contoh produk bersifat keplastikan ialah bahagian badan kenderaan, salur air, atap keluli dan sebagainya. Tiada mesin ujian khas digunakan untuk menguji sifat keplastikan

Gambar foto: Mesin Ujian Rockwell
- Keanjalan
Sifat logam yang boleh kembali semula kepada bentuk asal selepas dikenakan daya atau beban. Digunakan untuk membuat pegas.Contoh produk ialah pegas berlapis dan pegas bergelung. Sifat keanjalan diuji menggunakan mesin ujian tegangan
- Kelasakan
Merujuk kepada sifat logam yang boleh menahan daya atau beban kejut tanpa berubah bentuk. Digunakan dalam membuat kerja beban tinggi. Contoh produk bersifat kelasakan ialah takal, pencangkuk kren. Sifat kelasakan diuji mengguankan mesin ujian tegangan.

Sifat Keanjalan |
Gambar foto: Mesin Ujian Tegangan
Sifat kelasakan |
- Kelasakan
Merujuk kepada sifat logam yang boleh menahan daya atau beban kejut tanpa berubah bentuk. Digunakan dalam membuat kerja beban tinggi. Contoh produk bersifat kelasakan ialah takal, pencangkuk kren. Sifat kelasakan diuji mengguankan mesin ujian tegangan.
Rujukan: Modul Kimpalan arka MPAV