Keluli dihasilkan dengan mengurangkan kandungan fosforus, mangan dan karbon daripada campuran besi jongkong dan besi skerap yang dileburkan melalui proses pengoksidaan. Besi jongkong pula dihasilkan melalui proses pelburan besi menggunakan relau Bagas (Blast Furnance)
Besi jongkong pula akan dileburkan semula dalam relau tertentu bagi menghasilkan keluli yang diperlukan. Relau lain yang digunakan ialah, Relau Oksigen, Relau elektrik, Relau Palong Terdedah. Relau ini akan menghasilkan keluli berbentuk "Bloom", "Bilet" dan "Papak". Besi berbentuk Bloom akan menghasilkan keluli struktur(Bentuk struktur dan landasan), Keluli berbentuk Bilet akan menghasilkan kekuli berbentuk bar, rod, tiub bulat, paip tanpa kelim dan produk dawai dan keluli berbentuk Papak akan menghasilkan keluli berbentu plat, skelp dan paip terkimpal.
sumber:
Kimpalan Arka. DBP.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen dan ulasan yang membina bagi meningkatkan kualiti artikel yang ditulis di Blog ini.
Terima Kasih.