BICARA KATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, saya dapat berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan kejuruteraan kimpalan. Matlamatnya adalah untuk memupuk minat dan kecenderungan anak-anak pelajar di Kolej Vokasional, SMT/V, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan kemahiran dan pelajar universiti menjadikan bidang kejuruteraan kimpalan sebagai profesion dimasa hadapan. Saya mengambil inisiatif ini memandangkan kesukaran mendapat bahan rujukan berkaitan kejuruteraan kimpalan dalam bahasa Malaysia. Mudahan Sedikit sumbangan ini dapat membantu anda memperoleh pengetahuan, mengetahui dan memahami fakta, konsep/prinsip, terminologi, proses dan prosedur kimpalan. Saya juga mengalu-alukan sumbangan artikel berkaitan serta komen dan ulasan yang membina bagi meningkatkan kualiti artikel yang ditulis di Blog ini.
Terima kasih
chekguzaidi

Thursday, September 29, 2011

PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (SKM)

Gambar Foto : Keindahan Pulau Langkawi 
LANGKAWI - 24 September
     Seramai 40 orang guru dari SM Vokasional SHAS dan SM Vokasional Langkawi telah mengikuti kursus induksi pentauliahan persijilan Kemahiran Malaysia tahap 3 berdasarkan Pengiktirafan pencapaian terdahulu (PP-PPT).Kursus Induksi yang dianjurkan secara bersama Persatuan Guru Vokasional dan Teknik diadakan selama 2 hari di Baron Resort Langkawi. Antara modul kursus ialah proses mambangunkan Portfolio Pencapaian Terdahulu. Kaedah PPT merupakan pengiktirafan dari pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran  kepada guru-guru kemahiran yang telah berpengalaman mengajar lebih dari 4 tahun. 
Gambar foto: Peserta kursus PPT di Baron Resort.


Gambar foto: Peserta dari SM Vokasional Langkawi
Objektif kursus dilaksanakan ialah supaya peserta dapat memahami syarat-syarat dan proses PPT, mengenalpasti keperluan NOSS, membangunkan Portfolio Vocational Trainning Officer (VTO), Vocational Trainning Executive (VTE) dan Vocational Trainning Manager (VTM) secara fast track. 
Kursus membangunkan portfolio berdasarkan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dikendalikan oleh Seri Pagi Enterprise sebuah  syarikat yang telah ditauliah oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran.  Adalah diharapkan semua peserta dapat menyiapkan Portfolio tahap 3 dan memperolehi  Sijil Kemahiran Malaysia serta VTE atau VTM dengan jayanya. Semoga krusus ini juga dapat dimanfaatkan sebaik mungkin selari dengan transformasi pendidikan Vokasional yang akan menjadi Kolej Vokasional menjelang 2013. 
Gambar foto: Diantara peserta Kursus sedang mendengar taklimat PPT
Lagi gambar

Gambar foto: Pemandangan dari puncak gunung Mat Cincang Pulau Langkawi


Gambar foto: Singgah di  Shell petrol station (Ringlet Cameron Highland)


Gambar foto:  Buah tangan untuk isteri  "pingan corelle"


Monday, September 12, 2011

KIMPALAN ARKA LOGAM BERPERISAI

JENIS MESIN KIMPALAN ARKA


Terdapat empat jenis mesin kimpalan arka 
1.  Mesin kimpalan arka jenis pengubah
2.  Mesin kimpalan arka jenis paduan arus terus (AT) dan arus ulang-alik (AU)
3.  Mesin kimpalan arka jenis jana kuasa panduan enjin
4.  Mesin kimpalan arka jenis janakuasa panduan bermotor elektrik

A.  Mesin kimpalan arka jenis pengubah
Mesin kimpalan arka arus ulang alik mengandungi  pengubah . Arus masuk ke pengubah     dan keluar melalui  kebel elektrod ke benda kerja. Mesin ini bersaiz kecil, murah dan  mudah alih.
Gambar fotoMesin Kimpalan jenis pengubah

B.  Mesin kimpalan arka jenis paduan arus terus (AT) dan arus ulang-alik (AU)
Mesin kimpalan arka jenis paduan arus terus dan arus ulang alik mengandungi pengubahdan penerus. mesin ini membekalkan arus terus dan arus ulang alik. Pemilihan arus dan   kekutuban boleh dilakukan dengan menukarkan  suis pemilihan arus dan kekutuban yang  terdapat bahagian panel mesin
Gambar foto: Mesin kimpalan jenis  paduan
arus terus (AT)  dan arus ulang alik (AU)
C.  Mesin Kimpalan arka jenis jana kuasa panduan enjin
Mesin kimpalan arka jenis jana kuasa panduan enjin memperolehi bekalan elektrik daripada jana kuasa yang digerakkan oleh enjin petrol atau diesel. Arus yang dihasilkan ialah arus terus.  Mesin kimpalan arka jenis ini sesuai digunakan di tempat yang tiada bekalan  elektrik.

Gambar foto: Mesin Kimpalan Arka Panduan enjin
D.  Mesin kimpalan arka jenis jana kuasa panduan motor elektrik.
Mesin kimpalan jenis ini menggunakan bekelan elektrik tiga fasa untuk menggerakkan motor elektrik melalui pemusingan aci.  Aci menggerakkan jana kuasa dan menghasilkan arus   kimpal jenis arus terus.  Mesin kimpalan jenis ini sudah jarang digunakan lagi.