BICARA KATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, saya dapat berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan kejuruteraan kimpalan. Matlamatnya adalah untuk memupuk minat dan kecenderungan anak-anak pelajar di Kolej Vokasional, SMT/V, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan kemahiran dan pelajar universiti menjadikan bidang kejuruteraan kimpalan sebagai profesion dimasa hadapan. Saya mengambil inisiatif ini memandangkan kesukaran mendapat bahan rujukan berkaitan kejuruteraan kimpalan dalam bahasa Malaysia. Mudahan Sedikit sumbangan ini dapat membantu anda memperoleh pengetahuan, mengetahui dan memahami fakta, konsep/prinsip, terminologi, proses dan prosedur kimpalan. Saya juga mengalu-alukan sumbangan artikel berkaitan serta komen dan ulasan yang membina bagi meningkatkan kualiti artikel yang ditulis di Blog ini.
Terima kasih
chekguzaidi

Tuesday, May 31, 2011

"MENGARUSPERDANAKAN LATIHAN KEMAHIRAN"

Pelan Induk Latihan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan Malaysia 2008-2020 telah dilancarkan dengan rasminya bagi melahirkan pekerja-pekerja mahir untuk memenuhi keperluan tenaga mahir Negara dan masa depan Industri Negara.  Misi pelan Induk ini ialah untuk membangunkan tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, dilengkapi dengan nilai dan sikap positif (K-pekerja). Dalam latihan sebelum ini, penerapan kemahiran sosial  dan nilai sosial tidak berapa dititik beratkan dalam proses latihan.  Sehubungan dengan itu pelbagai usaha dilakukan untuk menerapkan nilai sosial dan kemahiran sosial kedalam kurikulum teknikal dalam membangunkan K-pekerja.

Pandangan masyarakat  terhadap Latihan Kemahiran.

       Dalam merealisasikan hasrat Kerajaan menjadi Negara Maju menjelang tahun 2020,  kebanyakan masyarakat masih lagi memandang sepi bidang latihan kemahiran. Ini dapat dibuktikan hanya sebilangan kecil anak-anak pelajar dihantar mengikuti latihan kemahiran walaupun hakikatnya berlaku percambahan mendadak pusat-pusat latihan kemahiran dan kemahiran tinggi bagi  keperluan tenaga mahir di sektor industri yang tidak mengcukupi.  Mungkin juga masyarakat tidak menyedari Negara memerlukan sehingga 46℅ tenaga mahir jika ingin menjadi sebuah negara maju berbanding hanya 28℅ tenaga mahir yang ada hari ini. Kesilapan besar setiap warga negara ialah memandang sepi lalu membiarkan sektor tenaga mahir dikuasai oleh tenaga asing dalam membangunkan negara.  Peratus tenaga mahir tempatan adalah terlalu  kecil dibandingkan dengan beberapa negara maju seperti Jerman, Australia, perancis dan Singapura. malah jauh tertinggal jika dibandingkan juga dengan negara tetangga yang lain seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam. 


Gambar foto: Kini selepas  promosi "Mengarusperdanakan Bidang Latihan" oleh pihak JPK.
Bidang kemahiran telah menjadi pilihan

Kepentingan  tenaga mahir kepada Negara

Diantara kepentingan pembangunan tenaga mahir kepada negara adalah;
  • Meyumbang tenaga dan idea dalam pembangunan negara
  • Menggalakan peningkatan pelabur asing kedalam Negara.
  • Menyumbang kepakaran dalam pembentukan negara maju menjelang 2020.
  • Meningkatkan dan percepatkan pertumbuhan  ekonomi  negara
  • Memenuhi kehendak pasaran tenaga mahir  dalam sektor industri berkaitan
  • Mengurangkan kebergantungan kepada kepakaran asing.
Siapa yang patut menyertai sektor ini?

Memandangkan "Mengarusperdanakan Latihan Kemahiran"  telah menjadi agenda negara maka sewajarnya semua rakyat malaysia menyahut seruan murni kerajaan ini.  Kita perlu mengubah pemikiran bahwa latihan   kemahiran bukan lagi dikhaskan hanya untuk anak-anak yang tercicir bidang akademik atau hanya dipandang sebagai kerjaya kelas kedua, malah wajar  disertai juga oleh anak-anak yang cemerlang akademik.  Kita patut menyedari latihan  kemahiran sebenarnya telah menerima pengiktirafan rasmi melalui perundangan  oleh pihak Kerajaan.  Pengiktirafan telahpun  diberikan kepada lebih 700,000 pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sejak 1973.
Gambar foto: Latihan kemahiran diktiraf kerajaan  melalui Persijilan kemahiran tunggal Negara 
( Sijil Kemahiran Malaysia )

Transformasi Pendidikan Vokasional

Menjelang tahun 2013 kementerian Pelajaran pula akan  melakukan perubahan besar-besaran dalam memperkasakan sistem pendidikan Vokasional. Sekolah-sekolah vokasional akan dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional yang menawarkan program peringkat sijil dan diploma. Butiran penuh akan diumumkan kemudian.


Gambar foto : Senario sambutan dingin daripada pelajar cemerlang terhadap aliran vokasional hari ini  akan berubah  apabila SMV dinaik taraf menjadi kolej Vokasional yang akan menawarkan program sijil dan diploma



Wednesday, May 18, 2011

Anda diktiraf sebagai Pakar Industri Negara (PIN)

Definisi
Pakar Industri Negara (PIN) adalah merupakan pekerja mahir yang mempunyai pengalaman berkerja di industri ATAU  pengajar kemahiran yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang yang diceburi serta minat mendalam dalam pembangunan tenaga mahir negara.  PIN dibahagikan kepada dua kategori iaitu;
Pakar Industri (PIND)
Individu yang terlibat secara langsung dengan pelbagai sektor industri seperti di
Lampiran A
Pakar Pengajar (PAJAR)
Individu yang terlibat secara langsung dengan pengajaran berasaskan kemahiran seperti di Lampiran A

Lampiran  A
  • Electrical and Electronic, Telecommunication & Broadcasting Industry  (EE01-00)
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi  (T02-00)
  • Machinery & Manufacturing (MC03-00)
  • Mechanical & Electrical Service And Maintenance  (ME04-00)
  • Transportation  (TP05-00)
  • Material  (MT06-00)
  • Packaging  (PG07-00)
  • Chemical  (CM09-00)
  • Medical and Pharmaceuticals  (MP10-00)
  • Hospitality and Tourism  (HT11-00)
  • Souvenir & Small Enterprise  (SS12-00)
  • Building & Construction  (BC-13-00)
  • Landscaping & Environmental  (LE14-00)
  • Interior Decor  (D15-00)
  • Business Management  (BM16-00)
  • Textile & Apparel  (TA17-00)
  • Agriculture & Agrobased  (AF18-00)
  • Resource Based  (RB19-00)
  • Biotechnology (Biotech)  (BT20-00)
  • Educations & Training Services  (ET21-00)
  • Others  (OT22-00)
Personel yang telah diperakui sebagai PIN bagi kategori Pakar Industri (PIND) layak menerima kad MySkills dan kelayakan Kekompetenan (KK) Gred 1 secara automatik.
Syarat-syarat untuk memperakukan sebagai PIN adalah seperti berikut;
Pakar Industri
Syarat utama
  • Warganegara Malaysia
  • Pengamal dalam Bidang / sektor kemahiran ≥ 10 tahun. Rujuk Lampiran A
Mesti memenuhi salah satu dari kelayakan di bawah
  • Terlibat menghasilkan rekaan produk
  • Pakar rujuk yang diperkaui majikan
  • Memiliki minimum kelayakan kekompetenan (KK) Gred 2 dari JPK
  • Mendapat pengiktirafan dari badan-badan  profesional yang diktiraf  seperti BEM, IEM, MMC, PAM,ACCA dll
  • Memenangi pertandingan kemahiran / rekacipta peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Gambar foto: Individu yang terlibat  menghasilkan rekaan 
diktiraf sebagai Pakar Industri
Pakar Pengajar (PAJAR)
Syarat Utama
  • Warganegara Malaysia
  • Mengajar dalam bidang kemahiran diktiraf JPK ≥ 10 tahun. Rujuk Lampiran A
  • Pengalaman bekerja di industri minimum 1 tahun atau latihan industri minimum 6 bulan.
Mesti memenuhi salah satu dari kelayakan di bawah
  • Mendapat pengiktirafan dari badan-badan  profesional yang diktiraf  seperti BEM, IEM, MMC, PAM,ACCA dll
  • Memenangi pertandingan kemahiran / rekacipta peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
  • Kelayakan Kemahiran sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia SKM Tahap 3 dalam bidang berkenaan.
Gambar foto: Guru Kemahiran di SM Vokasional di iktiraf 
sebagai PAJAR
Kad MySkills
Kad MySkills merupakan sebagai kad identiti yang dikeluarkan oleh JPK kepada Personel Lantikan JPK/Pusat Bertauliah untuk menyimpan rekod peribadi, kelayakan kemahiran (SKM/DKM/DLKM).  Kelayakan kekompetenan (KK) dan pengelibatan dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.  Pemegang kad MySkill ini hanya diberikan kepada personel yang telah berdaftar dan telah diperakukan sebagai PAKAR INDUSTRI NEGARA (PIN) iaitu;
  • Pakar Industri (PIND)
  • Pakar Pengajar (PAJAR)
  • Personel Lantikan JPK (PPL, PP, PPT, dll). atau
  • Pemegang kelayakan kekompetenan (KK) -Industri.
Prosedur Permohonan Pakar Industri Negara (PIN)
  • Semua permohonan PIN adalah secara online melalui laman sesawang www.ejpk.gov.my. atau pautan dari laman sesawang www.dsd.gov.my
  • Pemohon perlu membuat pengesahan bahwa setiap butiran maklumat yang diisi adalah butiran benar.  Sekiranya butiran yang diberikan adalah palsu , maka pihak JPK berhak menolak permohonan tersebut.
  • Sebarang permohonan perlu mendapat kelulusan daripada ketua jabatan atau majikan tempat pemohon berkhidmat.
  • Borang maklumat yang diisi secara online perlu dicetak dan di hantar bersama-sama dengan dokumen sokongan (Salinan Kelayakan Akademik & Kemahiran, Kursus-kursus berkaitan, pengesahan pengalaman kerja oleh majikan terdahulu & sekarang dalam bidang berkaiutan kepada pihak JPK. 
Permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen sokongan hendaklah dihantar kepada:

Pengarah
Bahagian Pembangunan  Kepakaran
Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Lot 4803, suite 0-10,
Bangunan CBD Perdana,
off Persiaran Flora,
63000 Cyberjaya, Selangor
(up: Unit Direktori Pakar Industri Negara)

Tel  : 03-8321 4700 / 4771 / 4772 / 4773 / 4774.
Fax : 03-83214868


Sumber : Jabatan Pembangunan Kemahiran

Friday, May 6, 2011

Bahan Komposit

Pengenalan
           Bahan komposit merupakan gabungan bahan logam atau bahan bukan logam atau kedua-duanya. Bahan komposit menjadi pilihan dalam industri pembuatan kerana bahan ini lebih ringan dan lebih ekonomi. Dua jenis bahan komposit yang popular digunakan ialah;
i. Plastik ; dan
ii. Kaca gentian (Fiber glass)

Plastik
Terdapat dua kumpulan plastik iaitu
a. Plastik termoset
Plastik termoset dibentuk dengan menggunakan kaedah pemesinan dan tekanan. Plastik jenis ini tidak lebur dengan sempurna dan tidak boleh dikitar semula.
b. Plastik termoplastik
Plastik termoplastik Boleh dibentuk pada suhu 115º hingga 327º dan boleh dikitar semula melalui proses peleburan tanpa merosakkan sifat kimianya.
gambar foto: kompenan dan aksesori motorsikal dihasilkan dari bahan komposit

a. Plastik termoset
- Fenol formaldehid:
Digunakan dalam pembuatan tombol pintu, pemegang bersalut dan telefon
- Poliester
Digunakan dalam pembuatan beg plastik, kerusi plastik, badan kenderaan, rak fail dan peralatan perhiasan rumah.
- Melamina formaldehid
Digunakan dalam pembuatan alat kelengkapan rumah, kompenan elektrik dan penyalut barangan.

gambar foto: produk plastik termoset: soket elektrik.
b. Plastik termoplastik
- Polietalina (PE)
Digunakan dalam pembuatan alat kelengkapan rumah, salur air, botol, permainan kanak-kanak dan sebahagian peralatan pertanian.
gambar foto: produk plastik termoplastik: kereta mainan kawalan jauh
- Polistirena (PS)
Digunakan dalam pembuatan rak, bekas makanan dan pekakas rumah.
- Poliproperlina (PP)
Digunakan dalam pembuatan cawan, kompenan kejuruteraan dan penebat dawai.
- Polivinil klorida (PVC)
Digunakan dalam pembuatan paip air dan kelengkapanya, beg dan pembuluh (conduit)